Netizen Terharu Tengok Unit K9 Turut Kerah Tenaga Cari Mangsa Tanah Runtuh Batang Kali

Tambah ke Sumber Pilihan
Netizen Terharu Tengok Unit K9 Turut Kerah Tenaga Cari Mangsa Tanah Runtuh Batang Kali

Kejadian tanah runtuh awal pagi 16 Disember lalu di sebuah tapak perkhemahan berhampiran dengan Father’s Organic Farm di Batang Kali telah mengejutkan negara. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan bermula sehingga ke hari ini bagi mengesan mangsa-mangsa yang tertimbus.

Antara agensi-agensi yang terlibat dalam operasi SAR ini ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat Malaysia (STORM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan banyak lagi.


Yang paling menarik perhatian orang ramai ialah pengelibatan Unit Anjing Pengesan (K9) dari APM juga turut sama membantu untuk mencari mangsa tragedi tanah runtuh itu. Dalam satu video yang dimuat naik oleh Bernama TV, anjing pengesan milik APM yang diberi nama Tar sedang sibuk menjalankan tugasnya. Korang boleh tengok video di bawah.

Semoga mangsa cepat ditemukan

Ketika ini, usaha untuk mencari lagi mangsa yang tertimbus sedang giat dijalankan. Dengan bantuan dari unit K9, diharapkan semua mangsa berjaya ditemui dengan kadar segera. Untuk pengetahuan semua, Tar adalah satu-satunya anjing milik APM yang terlatih dalam misi mencari dan menyelamat yang dibawa mereka untuk misi ini.

Screenshot 2022 12 18 At 12.19.15 PmSemua pihak sedang berusaha sebaik mungkin untuk mengeluarkan mangsa yang masih dijumpai.

Screenshot 2022 12 18 At 12.20.03 PmScreenshot 2022 12 18 At 12.20.37 PmBetul, Unit K9 tak kisah dari agensi mana sekalipun banyak membantu dalam misi mencari dan menyelamat. Harap semua mangsa cepat dijumpai.

Screenshot 2022 12 18 At 12.19.45 PmSemoga semua pihak yang terlibat dalam operasi ini dipermudahkan segala urusan. Kita semua mendoakan semua pihak yang terlibat terus bersemangat.

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Netizen Terharu Tengok Unit K9 Turut Kerah Tenaga Cari Mangsa Tanah Runtuh Batang Kali
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/netizen-terharu-tengok-unit-k9-turut-kerah-tenaga-cari-mangsa-tanah-runtuh-batang-kali/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM