in

“Goodjob SPRM”- Jumpa RM6,000 Dalam Ofis, Ketua Balai & Pegawai Polis Ditahan SPRM

Feat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Empat penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) direman selama seminggu berkaitan premis haram di Sungai Buloh.


Terbaru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka menahan 3 pegawai polis termasuk seorang ketua balai kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah.

Menerusi sumber, 3 pegawai polis itu dipercayai telah meminta rasuah untuk tidak mengenakan sebarang tindakan kepada seorang ahli perniagaan yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lapor FMT.

Ketika serbuan, rasuah berjumlah RM6,000 ditemui di pejabat ketua balai polis itu,”

Malah difahamkan suspek turut meminta ahli perniagaan tersebut untuk membayar wang perlindungan sebanyak RM1,000 setiap bulan jika perniagaannya tidak mahu diganggu atau diambil tindakan, lapor Awani.

Suspek termasuk ketua balai berusia 57 tahun itu ditahan dalam serbuan pada malam tadi.

Ketua SPRM Melaka, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail mengesahkan perkara tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung isu itu.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Melaka untuk perintah reman dibawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Goodjob SPRM!

Baca : Bukit Aman Sahkan Terima Maklumat Ada Pegawai & Anggota Polis Lindungi Premis Judi Tak Berlesen Di Sg Buloh

Baca 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.