Bukit Aman Sahkan Terima Maklumat Ada Pegawai & Anggota Polis ‘Lindungi’ Premis Judi Tak Berlesen Di Sg Buloh

Jadikan sumber pilihan di Google
Bukit Aman Sahkan Terima Maklumat Ada Pegawai & Anggota Polis ‘Lindungi’ Premis Judi Tak Berlesen Di Sg Buloh

Sehari dua ini kecoh mengenai kes premis judi tak berlesen di Sungai Buloh sehingga mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Terbaru, Polis Di Raja Malaysia mengesahkan yang pihaknya ada menerima maklumat bahawa ada segelintir pegawai dan anggota mereka yang dipercayai memberi perlindungan kepada premis judi tak berlesan di sekitar Sungai Buloh.


Photo 2020 08 10 16 32 03 1597048443Sumber: Harian Metro

Ketika ini, semua maklumat yang diterima sedang diteliti termasuk premis judi yang ada di sekitar Sungai Buloh, lapor Harian Metro.

Antara perkara diteliti antaranya termasuk serbuan dan rampasan perjudian yang dijalankan serta beberapa isu berkaitan.”

“Jika terbukti ada pegawai dan anggota polis terbabit dalam penyelewengan tugas dan melindungi sindiket berkenaan, tindakan tatatertib keras akan dikenakan kepada mereka.”-Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya

002Faa69B44313F45De3D4A67Ab958655E686Bc4E5DccSumber: Bernama

Ujarnya, jika ada pegawai dan anggota polis terima rasuah, ia akan dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tindakan selanjutnya.

Semalam, Bernama ada melaporkan bahawa SPRM akan menyiasat dakwaan terhadap pihak berkuasa yang didakwa cuba melindungi premis haram, kedai judi tidak berlesen dan penjualan rokok seludup di sekitar Sungai Buloh.

 

Baca : Terima kasih Asri Janggut – LENGANG! Kedai Acheh & Gerai Haram Tepi Jalan Milik Peniaga Asing Habis Dirobohkan

Ab

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Bukit Aman Sahkan Terima Maklumat Ada Pegawai & Anggota Polis ‘Lindungi’ Premis Judi Tak Berlesen Di Sg Buloh
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/bukit-aman-sahkan-terima-maklumat-ada-pegawai-anggota-polis-lindungi-premis-judi-tak-berlesen-di-sg-buloh/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen