Terdahulu, kerajaan telah mengarahkan Good Vibes Festival dibatalkan serta merta selepas kontroversi melibatkan The 1975 berlaku pada hari pertama festival.
Vokalis kumpulan itu, Matty Healy telah menghina undang-undang Malaysia berkaitan LGBT, selain membuat aksi tidak senonoh dengan mencium pemain bass, Ross McDonalds di atas pentas.
Tindakan tidak bertanggungjawab kumpulan ini membuatkan penganjur terpaksa menghentikan festival pada ketika itu.
Buat persembahan percuma
Penyanyi popular, The Kid Laroi menyentuh hati peminat apabila dia membuat persembahan lagu bertajuk Stay dengan bersahaja di lobi sebuah hotel, semalam.
Menerusi klip yang tular di media sosial, dilihat The Kid Laroi atau nama sebenarnya, Charlton Kenneth Jeffrey Howard sedang duduk di atas kerusi, sambil menyanyi dan menghiburkan peminat di situ. Untuk rekod, The Kid Laroi sepatutnya membuat persembahan di Good Vibes Festival.
@
Video tersebut ternyata tular di media sosial dengan jumlah tontonan melebihi setengah juta. Menurut seorang individu, dia berasa kecewa kerana tidak dapat melihat persembahan The Kid Laroi di festival itu, namun kekecewaan itu terubat selepas melihat penyanyi itu di depan mata.
“Daripada menerima berita bahawa GVF 2023 dibatalkan kepada Kid Laroi menyanyi di sebelah kami,” tulis seorang individu.
Di ruangan komen, The Kid Laroi dilihat turut membalas komen dengan mengucapkan terima kasih kepada peminatnya. Dia juga menyatakan hasrat untuk merealisasikan konsert tersebut pada masa akan datang.
“Terima kasih kerana menerima saya. Saya minta maaf kami tidak dapat menggegarkan festival itu. Saya harap kami dapat melakukannya secara nyata dalam masa terdekat,” komen The Kid Laroi.
Kredit: r.eegynn
BACA: Festival Good Vibes Dibatalkan Serta Merta – Fahmi Fadzil