“Gila ke apa mamat ni?” – Wanita Kena Tikam Leher Dengan Bekas Suami Depan Anak Waktu Tengah Makan Di Kafe

Tambah ke Sumber Pilihan
“Gila ke apa mamat ni?” – Wanita Kena Tikam Leher Dengan Bekas Suami Depan Anak Waktu Tengah Makan Di Kafe
Lobak Merah
Lobak Merah
"Gila ke apa mamat ni?" - Wanita Kena Tikam Leher Dengan Bekas Suami Depan Anak Waktu Tengah Makan Di Kafe
Loading
/

Mak…tolong jangan mati…”

Itulah yang dikatakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun sambil menangis teresak-esak saat ibunya bertarung nyawa akibat ditikam oleh bekas suami. Menurut Straits Times, seorang wanita Turkey berusia 38 tahun telah diserang dan ditikam di bahagian leher oleh bekas suaminya pada Ahad lepas, 18 Ogos di hadapan anaknya.

Turkey3
Sumber: Aksam

Peristiwa mengejutkan itu kini mencetuskan kemarahan ramai orang di Turkey selepas video ketika kejadian menjadi viral di internet. Difahamkan, ketika itu Emine Bulut bersama anaknya sedang makan di sebuah kafe dekat Kirikkale sebelum tiba-tiba diserang bekas suaminya.

Dalam keadaan berlumuran darah, Emine sempat menjerit pada anaknya,

Saya tak mahu mati…”

Bunuh
Sumber: Aksam

Melalui video yang kini viral di internet, Emine dilihat memegang lehernya sambil berlumuran darah. Anaknya pula berada di situ menangis teresak-esak melihat keadaan ibunya pada ketika itu.

Bekas suami Emine bagaimanapun sempat ditahan oleh orang awam sebelum sempat melarikan diri. Tapi, malangnya mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Turkey4
Sumber: Takvim
Turkey2
Sumber: Twitter

Suspek dikenali sebagai Fedai Baran dan mereka berdua telah bercerai sejak empat tahun lalu. Fedai memberitahu polis dia membunuh bekas isterinya itu menggunakan pisau yang sering dibawanya.

Kejadian ini telah menyebabkan penduduk setempat membuat bantahan dan demonstrasi di bandara Ankara. Mereka menuduh kerajaan gagal memberhentikan keganasan terhadap wanita selain mahu pembunuh (bekas suami) dijatuhkan hukuman berat.

Baca: “Aku nak duit tu!” – Wanita Upah 2 Gangster Bunuh Mak Sendiri Sebab Nak RM1.3 Juta Untuk Ikat Jamin BF

Bunuh Mak Sendiri

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Gila ke apa mamat ni?” – Wanita Kena Tikam Leher Dengan Bekas Suami Depan Anak Waktu Tengah Makan Di Kafe
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/gila-ke-apa-mamat-ni-wanita-kena-tikam-leher-dengan-bekas-suami-depan-anak-waktu-tengah-makan-di-kafe/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM