in

“Gigi patah, mata lebam pun cantik” – Izara Aishah Kongsi Gambar Cedera Masa Pengambaran Ombak Rindu The Series

Feature Image Ombak Rindu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni industri filem tanah air pernah heboh dengan sebuah filem dikenali sebagai Ombak Rindu. Filem tersebut berjaya membuat kutipan sebanyak RM10.9 juta dengan menampilkan Maya Karin dan Dato’ Aaron Aziz selaku pelakon utama.


Baru-baru ni, filem yang pernah sensasi pada sekitar tahun 2011 itu telah dirakam kembali secara versi bersiri dengan kali ini menampilkan Izara Aishah dan Remy Ishak sebagai peneraju utama.

Ombak Rindu The Series telah ditayangkan di platform Iflix dan sehingga kini sudah ada tiga episod.

Sinopsis Drama Ombak Rindu The Series
Gambar hiasan

Tapi, apa yang kini menjadi perhatian adalah dimana salah seorang pelakon utama bagi drama tersebut, Izara Aishah ada memuat naik gambar matanya lebam, dan gigi patah separuh di laman Twitternya.

Jangan ingat jadi pelakon tu senang.”

Izara mengaku bahawa lebam di matanya itu adalah lebam sebenar dan bukannya hasil make up. Malah team produksi juga sudah sedaya upaya cuba untuk menutup kesan lebam tersebut bagi meneruskan penggambaran.

Emhuvzvvaaeq16
Sumber: twitter

Tambahnya lagi, sepanjang berlangsung pengambaran, dia dijaga baik oleh krew dan semua pihak memberi kerjasama yang sepatutnya.

Aduh, mesti sakit kan tu? Admin doakan semoga Izara cepat sembuh.

 

Baca: “Maknanya dia intai mak dia?” – Penganggur Bengang Ibu 68 Tahun Mandi Bogel, Tumbuk Badan Sampai Lebam

Dws

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.