in

“Maknanya dia intai mak dia?” – Penganggur Bengang Ibu 68 Tahun Mandi Bogel, Tumbuk Badan Sampai Lebam

Tumbuk Ibu

Seorang lelaki berusia 42 tahun hari ini didakwa di mahkamah atas pertuduhan mencederakan ibunya baru-baru ini, lapor Awani.

Tertuduh yang juga seorang penganggur dikatakan telah menumbuk belakang badan ibunya berusia 68 tahun dalam kejadian 1 November lepas. Kira-kira jam 10 malam hari itu di sebuah rumah dekat Ajil, Hulu Terengganu, tertuduh marah ibunya mandi dalam keadaan bogel sebelum mengasarinya.

Tandas2
gambar hiasan

Dia juga turut menggenggam tangan kiri ibunya dengan kuat dan akibat daripada serangan itu, mangsa mengalami kesan lebam. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK) dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama di mana dia boleh dipenjara satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Namun, menurut Harian Metro tiada sebarang pengakuan direkodkan sebelum Majistret Abdul Hayyi Salim menetapkan 4 Disember depan untuk sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Kuala Berang.

Tumbuk1
sumber: harian metro

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Mohd Ridhuan Mohina Din manakala tertuduh tidak diwakili peguam.