in

Geng Basikal Dilihat Kayuh Berkumpulan Masa PKP, Netizen Hanya Mampu Geleng Kepala

Untitled 1 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Itulah ungkapan yang dapat menggambarkan sikap sesetengah pihak yang mementingkan diri sendiri.


Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang menunjukkan sekumpulan individu berbasikal secara berkumpulan di atas jalan raya. Rakaman ini dilaporkan diambil di Taman Hillpark-Seri Pristana, Sungai Buloh.

Meskipun kerajaan hanya membenarkan aktiviti riadah berbasikal secara individu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, masih ramai lagi orang di luar sana yang mementingkan diri sendiri.

Video pendedahan ini secara tidak langsung membuatkan ramai netizen kurang senang dengan kelompok ini yang digelar sebagai geng basikal.

Berikut adalah beberapa komen netizen terhadap video ini:

“Tau dah siapa yang perlu disalahkan”

A 1

“Sakit hati tengok”

B

“Kayuh ke bulan tu”

C

“Training olimpik ke tu”

D

Meskipun anda mahu kekal sihat dengan beriadah sepankang PKP dijalankan, terus patuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Semoga Malaysia kembali pulih agar kita semua boleh keluar dengan selamat. 

Buat anda di luar sana, jaga diri sepanjang PKP ni okay!

 

BACA: Idaman Geng Basikal, Laluan Basikal Sepanjang 6,000km Ini Bakal Menghubungkan 12 Negeri

Cats 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.