in

Idaman Geng Basikal, Laluan Basikal Sepanjang 6,000km Ini Bakal Menghubungkan 12 Negeri

Cats 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di Malaysia, aktiviti berbasikal kini semakin digemari oleh ramai tanpa mengira usia. Pasti anda pernah melihat orang yang bermain basikal di taman-taman atau trek yang disediakan.


Lebih ekstrim, ada juga yang bermain basikal di atas lebuh raya tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yang lain. Rata-rata daripada golongan ini memberikan alasan Malaysia tiada laluan basikal yang mesra pengguna.

Cuba bayangkan jika ada laluan basikal yang selamat dan menghubungkan 12 negeri. Laluan basikal ini sebenarnya wujud, dah masih dalam proses pembinaan di Amerika Syarikat. Memang idaman buat geng basikal!

Seperti yang dinyatakan tadi, The Great American Rail-Trail kini masih dalam pembinaan kerana masih ada laluan yang masih belum disiapkan.

Namun apabila siap nanti, laluan sepanjang 6,000 kilometer ini bakal menghubungkan 12 negeri daripada arah barat sehingga ke arah selatan Amerika Syarikat.

The Great American Rail-Trail bakal menghubungkan 125 jalan-jalan yang sudah wujud dan  seperti jalan kecil dan trek basikal. Malah, projek mega ini juga akan menghidupkan semula laluan kereta api yang sudah lama terbiar.

12 negeri yang terlibat dalam projek mega ini adalah Washington, IdahoMontana, Wyoming, Nebraska, Iowa, Illinois, Indiana, Ohio, West Virginia, Pennsylvania, Maryland. Dikatakan, projek ini akan siap sepenuhnya sebelum tahun 2040.

Cuba bayangkan ada laluan basikal yang menghubungkan semua negeri-negeri di Malaysia. Mesti menarik!

 

Sumber: BBC

 

BACA: Pelajar Malaysia di Manchester Dilanggar Bas Ketika Berbasikal, Kini Koma & Kritikal

Capture 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.