in

“Gelombang Omicron bermula, kes dijangka meningkat” – Khairy Jamaluddin

Collage 61

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, jumlah kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di Malaysia telah menunjukkan peningkatan mendadak sebanyak 4,744 kes berbanding 4,066 kes pada hari sebelumnya.


Manakala hari ini pula, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 4,315 kes positif baharu Covid-19 telah dicatatkan.

Ekoran ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah memberi peringatan melalui Twitter rasminya mengatakan gelombang Omicron telah pun bermula di Malaysia, ini bermakna kes harian dijangka akan meningkat.

Gelombang Omicron bermula di Malaysia. Kes akan meningkat.”

Bagaimanapun, Khairy mengatakan walaupun kes bakal meningkat, namun ianya akan berada dalam keadaan terkawal ekoran kadar vaksinasi yang tinggi di negara ini.

Selain itu juga, sistem kesihatan di negara ini juga telah pun bersiap sedia untuk menghadapi gelombang Omicron ini dan setakat ini, kes serius telah pun berkurang.

Namun Insya’Allah terkawal dengan kadar vaksinasi yang tinggi. Sistem kesihatan sudah bersiap siaga. Kes serius semakin kurang.”

Bagi mengatasi gelombang Omicron ini, Khairy turut menyarankan orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai pelitup muka, membuat ujian pengesanan Covid-19 kendiri secara berkala, mengambil dos penggalak serta ambil vaksin untuk kanak-kanak yang dijangka bermula Februari ini.

 

Baca: Rakyat Malaysia Dah Boleh Menunaikan Umrah Semula Bermula 8 Februari Ni – Menteri Pelancongan

Baca Cuti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.