in

Rakyat Malaysia Dah Boleh Menunaikan Umrah Semula Bermula 8 Februari Ni – Menteri Pelancongan

Page Umrah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai sedia maklum bahawa bermula 8 Januari lalu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah menyatakan penangguhan ibadah umrah kepada rakyat Malaysia disebabkan oleh penularan varian Omicron.


Walau bagaimanapun, terbaru kerajaan telah membenarkan semula rakyat Malaysia untuk menunaikan ibadah umrah bermula pada 8 Februari ini. Perkara ini disahkan sendiri oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri.

Nancyy

“SOP baru akan dibincang bersama agensi pelancongan umrah kerana kita mahu pastikan apabila balik (dari Tanah Suci) nanti mereka (jemaah) dapat pilih di mana mereka nak dikuarantinkan” – Nancy Shukri

Menurut Utusan TV, pihak kabinet membuat keputusan untuk melanjutkan penangguhan yang dibuat sebelum ini. Tambahnya lagi, garis panduan bagi prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat akan dibincangkan secara terperinci bersama dengan agensi umrah.

Kaabah

Ketika ini Datuk Seri Nancy masih belum dimaklumkan lagi mengenai penerbangan pertama yang akan membawa jemaah umrah pada 8 Februari ini namun agensi umrah yang terlibat sudah sedia maklum tentang penerbangan tersebut.

Ini kerana, pihak MOTAC juga telah melakukan perbincangan bersama agensi-agensi umrah berkaitan dengan pemakluman berita ini kira-kira dua minggu sebelum ini. Malah, mereka juga difahamkan telah bersedia untuk aktiviti dan promosi seterusnya.

Legalah hati semua yang terpaksa batal umrah sebelum ni… Yang penting kena tetap jaga SOP betul-betul okay?

Baca: Ustaz Abu Syafiq Minta Siasat Mantan PM, Dakwa Muhyiddin Tak Ambil Vaksin Ketika Tunai Umrah?

Untitled 1 15

Sumber: TheStar
Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.