in

Gelandangan Disaran Tangkap Tikus Untuk Raih Pendapatan Sendiri

Tikus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka dengan hanya menangkap tikus sahaja seseorang itu mampu meraih puluhan ringgit setiap hari? Malah kempen ‘Satu Tikus Satu Ringgit’ ini sudahpun dijalankan sejak tahun 2008 lalu untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan mengamalkan kebersihan di kawasan setempat.


Rat2
sumber: the star

Tapi kali ini lain pula cadangannya dari Senator Datuk Shahanim Mohamad Yussoff yang mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggalakkan golongan gelandangan menyertai kempen menangkap tikus. Kempen tersebut dicadangkan diadakan sebulan sekali dengan menawarkan RM3 bagi setiap ekor tikus yang ditangkap oleh kerana saiznya yang besar.

Malah cadangan Shahanim juga mendapat sokongan dari ahli Dewan Negara yang lain yang berpendapat bahawa golongan gelandangan harus cuba mencari pendapatan sendiri dari asyik bergantung dengan ihsan dan bantuan orang lain semata-mata. Betul juga tu…

32C4
gambar hiasan – sumber: wanista

Menurutnya lagi,

Kami memang sentiasa berusaha untuk membantu golongan gelandangan mendapatkan pendapatan sendiri dengan menganjurkan pelbagai program tetapi malangnya sikap dan tahap pemikiran golongan gelandangan berbeza dengan masyarakat biasa.”

– Senator Datuk Shahanim Mohamad Yussoff

Dalam pada itu, Shahanim juga menyarankan supaya kempen ini dihebahkan dan lokasi tangkapan tikus juga diterhadkan kepada beberapa kawasan tertentu sahaja dalam tempoh yang tertentu.

“Contohnya buat pada waktu 10 malam hingga 2 pagi dan kalau tangkap di Pasar Pudu, hendaklah serahkan di sana juga untuk dapatkan bayaran, tidaklah nanti ada orang bela tikus dan dibawa dari tempat lain untuk dijual di situ,” katanya.

Meskipun kempen ini sudah dijalankan sejak sembilan tahun lepas, ia masih juga tidak mendapat sambutan daripada orang ramai yang tidak melihat ia sebagai salah satu sumber untuk menambahkan pendapatan sampingan.

Malah menurut Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. M. Loga Bala,

“Setakat ini, masih tiada kejayaan dalam projek membantu gelandangan ini kerana mereka biasanya tidak pentingkan kemajuan diri, ‘mindset’ mereka berbeza, asalkan dapat makan dan tidur yang cukup sudah memadai.Ish, ish, ish! 

Rat
sumber: utusan online

Tunggu apa lagi? Jom sediakan perangkap tikus masing-masing! Dapat juga duit sampingan untuk tampung perbelanjaan kannnn.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.