Gaya Raya Luar Biasa: cirKLe. Kembali Segarkan Suasana Eid 2026 di The Campus Ampang

Tambah ke Sumber Pilihan
Gaya Raya Luar Biasa: cirKLe. Kembali Segarkan Suasana Eid 2026 di The Campus Ampang

Jenama acara komuniti premium, cirKLe., secara rasminya kembali untuk edisi Eid Semester 2026. Bermula dari 28 Februari hingga 8 Mac 2026, ruang ikonik The Campus Ampang bakal diubah menjadi sebuah ‘kampus hidup’ yang menggabungkan elemen komuniti, perdagangan, dan sambutan budaya selama sembilan hari berturut-turut.

Berbeza dengan ekosistem bazar konvensional, cirKLe. membina sebuah ekosistem budaya di mana jenama, pencipta kandungan, dan komuniti bertemu untuk bertukar idea dan menghargai nilai pertukangan. Untuk edisi kali ini, pengunjung akan merasai pengalaman institusi akademik bertemakan perayaan yang dibuka setiap hari.

Ammar 2063

“Di cirKLe., kami tidak sekadar menerima pelawat kami ‘mendaftar’ satu komuniti,” ujar jurucakap penganjur. Misi utama mereka adalah untuk mengubah penonton menjadi rakan pencipta dan membina kolaborasi yang berkekalan.

Sentuhan Estetik ‘Layered Roots’

Tahun ini, cirKLe. memperkenalkan konsep ruang dinamakan Layered Roots. Hasil kolaborasi bersama Design Bloc Studio, ruang acara ini menampilkan gabungan tekstur jerami yang membangkitkan kehangatan suasana kampung dengan elemen bata berstruktur yang minimalis. Suasana ini direka khas untuk menggalakkan pengunjung meneroka, berkumpul, dan berinteraksi dalam persekitaran yang estetik.

Ammar 2022

Ammar 2078

Lebih daripada 42 vendor tempatan eksklusif—yang digelar sebagai Scholars of 2026—bakal memeriahkan semester ini. Antara jenama yang terlibat termasuklah:

  • Fesyen & Gaya Hidup: UMMA, Ana Abu, Bayu Somerset, Petra, Variante, dan Posh Abaya.
  • Kecantikan & Aksesori: Velvet Vanity, Ruhi, Nan Indah, dan Jari Alana.
  • Kreatif: Bloom Studio dan Hias.
Selain aktiviti membeli-belah, pengunjung boleh menyertai pelbagai program menarik:
  • The Portrait Studio: Sesi potret raya eksklusif dalam set bertemakan akademik.
  • The Campus Tour: Penjelajahan interaktif (gamified) dengan ganjaran yang boleh diimbas.
  • Ramadan Lecture Series: Siri perbincangan mengenai naratif bulan suci Ramadan.
  • The Junior Commons: Ruang penemuan kreatif untuk pengunjung kanak-kanak.

Bagi memudahkan capaian, cirKLe. turut bekerjasama dengan Modest Operandi (CXMO) menerusi platform mudah alih yang menyediakan lookbook digital dan pautan terus kepada vendor.

Maklumat Acara

  • Tarikh: 28 Februari – 8 Mac 2026

  • Lokasi: The Campus Ampang

  • Waktu Operasi:

    Isnin – Khamis: 11:00 AM – 10:00 PM

    Jumaat – Ahad: 10:00 AM – 12:00 AM

     

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Aryl Je
Lagi tulisan Aryl
Kononnya traveller tegar yang suka tangkap gambar, penyokong bola sepak tempatan. Bercita - cita nak tawan Gunung Kinabalu sebelum pusing satu Asia Tenggara.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Gaya Raya Luar Biasa: cirKLe. Kembali Segarkan Suasana Eid 2026 di The Campus Ampang
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/gaya-raya-luar-biasa-cirkle-kembali-segarkan-suasana-eid-2026-di-the-campus-ampang/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM