in

Pemenang ‘Licence to Win 2025’ Bawa Pulang Sebuah Porsche 911 Carrera

Ft Licence To Win

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kempen jualan utama Malaysia Airports, ‘Licence to Win (LTW) 2025’, telah melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang dalam satu acara kemuncak yang mendebarkan di Bangunan Sultan Abdul Samad.

Acara yang bertemakan “Own the Dream” ini menyaksikan Robert James dari Indonesia dinobatkan sebagai pemenang utama, membawa pulang sebuah kereta mewah Porsche 911 Carrera.


Sepanjang acara kemuncak tersebut, para finalis perlu menempuh cabaran yang menguji tahap kepantasan, fokus, dan ketepatan mereka dalam suasana yang penuh adrenalin.

Kemenangan Robert James dimuktamadkan melalui wakilnya, isteri beliau iaitu Raenita Santoso, yang berjaya mengharungi setiap cabaran sengit sehingga ke peringkat akhir.

Photo 7

Kempen yang berlangsung dari Julai hingga Disember 2025 ini telah mencatatkan pencapaian luar biasa dengan menjana jualan keseluruhan melebihi RM200 juta. Sambutan hebat daripada orang ramai terbukti apabila kempen ini berjaya menarik lebih 500,000 penyertaan, yang mewakili pertumbuhan sebanyak 56 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Kejayaan ini didorong oleh kerjasama strategik dengan pihak Traveloka untuk ganjaran pengalaman pelancongan ke Switzerland, Australia, dan Jepun, serta kolaborasi bersama Eraman bagi mempertingkatkan pengalaman membeli-belah dan menjamu selera di lapangan terbang.

Menurut Hani Ezra Hussin, Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Komersial Malaysia Airports, menyatakan bahawa kempen ini mencerminkan strategi peruncitan syarikat yang semakin berkembang dalam usaha memberikan pengalaman yang lebih menarik dan bermakna kepada para pelancong.

Photo 5

Selain sebagai usaha perniagaan, inisiatif ini juga menyokong aspirasi besar Visit Malaysia 2026, dengan meletakkan lapangan terbang negara sebagai pintu masuk yang mesra dan destinasi gaya hidup yang dinamik bagi pengunjung domestik serta antarabangsa.

Malaysia Airports kini komited untuk terus mengekalkan momentum ini bagi memastikan setiap perjalanan para penumpang menjadi lebih lancar, menyeronokkan, dan penuh dengan nilai tambah.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.