in

“Gatal! Padahal dah ada pasangan sendiri” – Langgar PKP! Lelaki Berstatus Suami Dengan Isteri Orang Ditangkap ‘Berduaan’ Dalam Kereta

Feature 2 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun perintah kawalan pergerakan telah pun memasuki fasa ketiga, namun masih ada lagi yang berdegil melanggar arahan kerajaan. Ada yang keluar tanpa alasan kukuh dan ada yang keluar berdua walaupun hanya nak beli gula.


Kali ini, ada yang lebih teruk sebab wanita yang berstatus isteri orang telah dicekup ketika berdua-duaan bersama lelaki yang juga merupakan suami orang, lapor Harian Metro. Amboi, dah tak ingat dekat pasangan sendiri ke ni?

Langgar Pkp 1

Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Tok Gebok, Ajil, Hulu Terengganu kelmarin itu, pihak polis telah menahan mereka berdua ketika sedang berduaan dalam kereta jenis Proton Wira milik lelaki itu.

Namun, alasan yang diberikan oleh lelaki yang berusia 41 tahun tersebut macam tidak logik sebab katanya nak hantar si perempuan untuk rawatan di klinik. Macam lah dia takde suami nak hantar. 

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Mohd Adli Che Daud, mereka telah ditahan sebab mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Yang lagi tak logik dan munasabah, wanita yang berusia 28 tahun itu tinggal di kawasan lain yang jaraknya lebih 30 kilometer dari situ iaitu di Kampung Kolam, Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Macam mana boleh sampai ke Ajil pulak ni? 

Rata-rata netizen mengecam perbuatan mereka ini.

Langgar Pkp 2

Adoi, macam-macam jadi ni. Apa lah perasaan suami dan isteri masing-masing kan bila dapat tahu pasal benda ni?

 

Baca: “Malam-malam pergi rumah tunang buat apa?” – Lelaki Ditahan Polis Sebab Langgar PKP, Bagi Alasan Nak Pergi Rumah Tunang?

Langgar Pkp

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.