in

Gara-Gara Trend, Kini Ramai Buru Proton Juara Untuk Jadikan Campervan

Proton Juara Diy Campervan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Proton Juara atau sering dipanggil sebagai kereta kotak, tin biskut dan lain-lain nama yang merujuk kepada bentuknya yang pelik dan unik, ia sebenarnya merupakan sebuah kenderaan dalam kategori kenderaan pelbagai guna atau MPV.


Dipasarkan oleh Proton pada tahun 2001, kereta ini merupakan kereta MPV pertama keluaran Proton selain ianya merupakan usahasama dengan Mitsubishi Motors. Namun, mungkin disebabkan reka bentuknya yang ‘pelik’ tersebut, ianya kurang mendapat sambutan.

Difahamkan, hanya 3,000 unit terjual untuk tempoh 3 tahun dan ini menyebabkan Proton membuat keputusan untuk menamatkan pengeluaran model tersebut. Disebabkan jumlahnya yang agak limited, tidak hairanlah kita jarang nak nampak kenderaan tersebut di atas jalan raya sekarang.

Proton Juara Atas Jalan

Reka bentuk pelik, harga mahal

Kalau diperhatikan pasaran kenderaan tempatan ketika itu, berkemungkinan ramai memilih untuk membeli Perodua Rusa yang telah dilancarkan beberapa tahun lebih awal dengan harga yang lebih murah.

Iklan Perodua Rusa

Tidak seperti Juara, kita akan lebih kerap bertemu dengan Perodua Rusa. Salah satu sebab ialah ia dipasarkan sebagai minivan, dan ketika itu, ramai peniaga memilih Rusa kerana ianya dikatakan sebuah kenderaan yang mampu milik.

Namun, akhir-akhir ini, nama Proton Juara kembali menjadi sebutan selain mula ‘diburu’ oleh orang ramai selepas trend pengubahsuaian berkonsepkan campervan telah mula mendapat perhatian ‘kaki’ kereta tempatan.

Juara Campervan

Kalau buat pencarian tentang ‘campervan Malaysia’, memang ada komuniti peminat atau penggemar campervan ini dan difahamkan, semakin hari semakin berkembang dan ada beberapa page khas di Facebook yang menggumpulkan mereka yang mempunyai minat yang sama.

“Dulu harga 3 ribu je, sekarang ada sehingga 20 ribu” 

Menurut laporan Kosmo, Proton Juara kini mula dicari ramai terutamanya golongan peniaga kerana bentuknya yang tinggi dan boleh memuatkan barang-barang jualan dengan mudah selain ianya turut dicari oleh mereka yang ingin mengubahsuai kenderaan tersebut untuk dijadikan campervan.

Campervan Juara 1

Difahamkan, selain susah untuk ditemui, terutamanya yang masih dalam kondisi elok, ramai pemilik telah menaikkan harga jualan untuk Juara mereka. Kalau dulu, dikatakan ia pernah ingin ‘ditolak’ dengan harga RM3 ribu hingga RM4 ribu sahaja, kini, harga pasaran mencecah 12 hingga 15 ribu, ada yang sampai letak RM20 ribu pun ada.

Memang menarik betul konsep campervan ni, harap ‘scene’ ni makin berkembang dekat Malaysia dan tak ada kroni. Hehe. 

Baca : “Selamber tapau kereta antarabangsa lain” – Proton Saga ‘Limited Edition’ Menang Pertandingan Di UK

Proton Wira Viral Uk

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.