in

Gara-gara Nama Suraya, Cikgu Ini Dapat Banyak DM Gambar Lucah Daripada Lelaki

Suraya Ke Tu

Ermmm admin rasa semua tahu kot pasal cerita di sebalik nama ‘Cikgu Suraya’, kan? Ala watak cerpen lucah popular tahun 90-an tu….

Recently, ada seorang gadis tweet nak cerita yang dia seronok dan bakal dapat gelaran ‘cikgu’. Tapi, disebabkan namanya Suraya, katanya dia diserang dengan gurauan melampau.

Cikgu 2
sumber: twitter

Menurut mStar, Anis Suraya Mohamad Sukri gelar dirinya sebagai Cikgu Suraya dalam post dekat Twitter Ahad lalu dan tak semena-mena terima gambar lucah dekat DM daripada lelaki tak dikenali.

“Pada awalnya saya memuat naik gambar saya di Twitter dengan kapsyen ‘1 week left to become Cikgu Suraya’ kerana saya ingin berkongsi perasaan gembira bakal bergelar guru dengan kawan-kawan saya.

“Tak sangka lepas tu saya dapat banyak notifikasi. Ramai lelaki yang tweet benda pelik-pelik, pasal Amir… basikal dan hujan. Saya jadi ‘blur’ dan jawab semua mesej tu elok-elok.”

Cikgu Suraya
sumber: twitter

Tapi lepas tu, bukan setakat DM mesej dan gambar lucah je, katanya ada seorang lelaki tuduh yang Suraya ni sengaja nak cari publisiti dengan menggunakan nama Cikgu Suraya.

“Tiba-tiba ada satu hari tu saya dapat DM daripada seorang lelaki yang mesej saya dengan cara yang agak kasar. Macam-macam dia cakap kat saya… dia ‘sound’ saya kata saya jadi punca dia dikecam netizen.”

Suraya bagaimanapun ambil keputusan untuk tak endahkan mesej tu . Mungkin bengang mesej tak dibalas, mamat tu kemudian memburuk-burukkan Surata dekat Twitter.

“Dia suruh saya padam posting tersebut, kalau tak dia tak hormat saya sebagai cikgu. Saya sedihlah sebab saya tak post benda bukan-bukan hanya post gambar sahaja.

“Saya tak balas chat dia. Saya senyap dua hari. Saya tengok ada post dia buruk-burukkan saya. Dia macam nak viralkan saya sebab nama saya Cikgu Suraya.”

Sakit hati dengan mamat tu yang keterlaluan, Suraya dedahkan semua mesej yang dia terima daripada lelaki tu dalam bentuk video.

Disebabkan kontroversi ni, Suraya akui tertekan sehingga alami migrain dan emosi ketika mengajar turut terganggu. Sampaikan dia tak mahu murid panggil dia Cikgu Suraya.

“Saya dahlah tengah mengajar sekarang ni, sampai anak murid tanya Cikgu Suraya OK tak? Saya terbawa-bawa emosi, cakap kat anak murid jangan panggil saya Cikgu Surayalah. Panggil je saya Cikgu Yaya.”

Katanya, dia tidak tahu menahu dan tak pernah baca pun cerpen kontroversi tu sehinggalah ada kawan yang beritahu.

“Nama saya memang Suraya takkan saya nak letak nama lain, takkan saya nak letak Cikgu Sue. Keluarga saya pun panggil saya Suraya, nak buat macam manakan.”

Dia juga gesa mamat tu untuk minta maaf atas tindakan melampau memburukkan dirinya di media sosial.

“Saya sedia terima teguran tapi janganlah guna kata-kata kesat.”

Cikgu.suraya
sumber: twitter

Baca: Banyak Terima Mesej Lucah Daripada Lelaki Melayu, Instafemes Vietnam Rasa Terganggu Dan Fed Up!

Jade Best