Gara-gara Menyampuk Perbualan KJ dan Syed Saddiq, Tak Pasal-pasal Papagomo Di C-yalkan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Drama politik ni kadang-kadang agak mencuit hati! 

Baru-baru ini, Khairy Jamaluddin ada menulis tweet terbuka kepada YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkaitan isu di Kementerian Belia dan Sukan. Tweet ini at first nampak isu biasa-biasa je dimuat naik oleh KJ yang ingin dapat perhatian segera menteri muda kita.

Tapi rantaian tweet ni tetiba pulak jadi bahan lawak apabila Papogomo yang menggunakan tweet handle PEMBANGKANG masuk campur. Duhh memang salahlah kalau menyampuk time KJ bercakap! 

Sumber: Twitter

“Ini perbualan antara A dan B. Tolong C-kan diri anda,” tulis KJ. Haa ambik ko setepek!

Papagomo yang tak puas hati dengan balasan KJ tu cuba reply tweet tu lagi. Tapi tak pasal-pasal pulak dia kena ‘C-yal’ dengan netizen. Elok tak payah masuk campur jelah kan Papagomo ni. Kesian plak… 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Papagomo  kemudian terus tak reply dah tweet dari posting KJ tu. Alahai macam-macam pulak ye drama politik di media sosial ni. Harap-harap tak adalah yang membawa isu ini sampai ke luar dan tak bertegur sapa pulak.

Suka tengok hubungan baik KJ dan Saddiq. Saling tegur menegur walaupun berlainan pendirian. 

Baca: Anwar Kena Jadi PM, Kalau Tak… – KJ

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!