in

Gara-gara Mabuk, Nenek Berusia 100 Tahun Dirogol

Nenek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

KEJAM! Selalu kita dengar kes rogol budak, remaja perempuan tapi kali ni nenek yang berusia 100 tahun telah dirogol oleh seorang pemudia berusia 20 tahun.


71525396200 Raped
Sumber: Astro Awani

Tinggal bersendirian di rumah

Kejadian yang berlaku di Kolkata, India ini telah mencetuskan kemarahan orang ramai dan menurut polis ketika kejadin berlaku, nenek berusia 100 tahun tinggal seorang diri di rumah. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga, kejadian terbongkar apabila cucu mangsa sendiri terdengar suara aneh muncul dari kediaman neneknya di perkampungan Chakulia di daerah Nadia.

Rumah tak berkunci

Menurut pegawai polis, “Mangsa tidur bersendirian di rumahnya. Rumah itu tak berkunci kerana ia budaya di perkampungan itu. Keluarganya menjumpai lelaki tersebut apabila mangsa menangis meminta tolong”

Image 1 2
Sumber: Sinar Harian

Terdengar bunyi aneh 

Katanya dalam mstar “Saya terdengar bunyi aneh yang bising tetapi apabila saya melihat dari tingkap, saya meminta bantuan orang lain sebaik sahaja saya melihat nenek saya”. Nasib ada orang dengar, kalau tak apa la yang jadi dekat nenek ni..

Sembunyi bawah katil

Selepas perbuatan kejam pemuda tu disedari, pemuda yang dikenali sebagai Argha Biswas yang berusia 20 tahun tu cuba bersembunyi di bawah katil dan malangnya telah dijumpai oleh ahli keluarga nenek tersebut.

Kini direman 14 hari dan sedang menunggu pendengaran kes kali kedua di mahkamah dan disoal siasat, Biswas mengatakan dia dibawah pengaruh alkohol dan tak sedar dia dah merogol nenek tersebut. Dah mabuk teruk memang la tak sedar!

Nenek tersebut telah dibawa ke hospital dan keadaan nenek tersebut dilaporkan stabil. Haih… Kesiannya, semoga semuanya selamat dan admin doakan nenek tu dipanjangkan umurnya! Amin…

Baca: “Mangsa berteriak kesakitan” – Budak 7 Tahun Mangsa Gempa Palu Dirogol 3 Lelaki

Rogol 1 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.