Makin sedih pulak admin baca tentang mangsa gempa bumi dan tsunami di Palu, Sulawesi ini. Terbaru yang buat admin sakit hati ni ialah berkaitan seorang kanak-kanak yang juga mangsa gempa Palu dilaporkan telah dirogol oleh 3 lelaki durjana.
Menurut Sinar Harian, budak perempuan yang berusia 7 tahun itu dikenali sebagai SH telah dirogol di tempat perlindungan mangsa bencana dekat Makassar, semalam. Cisss tak tahu bertaubat ke dorang ni!
Tengah main sendirian, tiba-tiba kena heret pergi tanah lapang
Kejadian kejam ni berlaku ketika anak kecil tersebut dikatakan sedang bermain sendirian sebelum dia diheret ke kawasan tanah lapang oleh 3 pelaku yang seterusnya merogol mangsa berulang kali.
Selepas selesai lakukan perkara jijik itu, suspek ni terus hantar mangsa ke rumahnya. Pun begitu, mangsa tak tunggu lama dan terus meraung kesakitan serta cerita apa yang berlaku kepada dirinya secara singkat kepada keluarga.
Suspek baru berusia 14 tahun!
Sejurus mendapat tahu apa yang berlaku, keluarga mangsa bertindak mengejar suspek dan berjaya menangkap salah seorang daripadanya.
Menurut jurucakap polis, Kompol Anugraha, suspek merupakan seorang remaja berusia 14 tahun telah berjaya diberkas. Manakala dua lagi sedang diburu dan dipercayai tinggal dekat area Kabupaten Maros.
Aduhai dorang ni… tak takut lagi ke dengan azab yang Tuhan turunkan tu?
Baca: Walau Ditentang, Penduduk Palu Tetap Bunuh Ayam Untuk Puja ‘Penjaga Laut’ Lepas Tsunami