in

Bekas Menteri Kehakiman China Dihukum Penjara Seumur Hidup Kerana Terima Rasuah Lebih RM 75 Juta

1Menteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang bekas menteri di China telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana didapati bersalah menerima rasuah.


Fu Zhenghua mengaku bersalah dihadapan hakim pada Julai lali selepas menerima rasuah berjumlah 117 juta Yuan (bersamaan kira-kira RM 75.22 juta). Pada awalnya Fu dijatuhkan hukuman mati, namun ditangguhkan selama dua tahun sebelum hukuman bertukar kepada penjara.

Screenshot 2022 09 24 At 11.24.24 Am

Memetik sumber dari The Guardian, Agensi Rasuah China menyatakan Fu turut terlibat dalam gerakan politik Sun Lijun sebelum perbicaraan kesnya di mahkamah. Fu juga mengaku bersubahat bersama-sama beberapa pegawai kanan penguatkuasaan dalam salah laku untuk kepetingan peribadi.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Kehakiman pada 2018, Fu memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Kementerian Keselamatan Awam. Semasa memegang jawatan tersebut, Fu banyak mengetuai siasatan berprofil tinggi termasuk kes rasuah pegawai tertinggi paling berkuasa, Zhou Yongkang.

Bekas Menteri Kehakiman China berusia 67 tahun itu bakal menjalani hukuman penjara seumur hidup tanpa parol.

Screenshot 2022 09 24 At 11.23.01 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.