in

[GAMBAR] Terbaik! Ramai Puji Hishammuddin Tunjuk Sikap Rendah Diri Depan Rakyat

Jaljasd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau beberapa hari yang lalu kecoh cerita Khairy Jamaluddin membalas tweet menafikan tuduhan seorang pengguna Twitter tentang kelakuan menteri di musim pilihan raya, hari ini ada lagi kisah pasal menteri kita.


Walaupun menteri-menteri kita sering dituduh menunjuk-nujuk sikap prihatin untuk membantu rakyat hanya ketika musim pilihan raya sebagai salah satu cara nak kaut undi, tapi gambar yang dimuat naik oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ini menyentuh hati ramai.

Hia
sumber: instagram

Menurut Malaysian Digest, Hishammuddin memuat naik sekeping gambar di laman Facebook dan Instagram miliknya menunjukkan dia dengan penuh rendah diri mengikat tali kasut seorang murid. Murid tersebut adalah Muhammad Ammar Hakim, penerima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan yang telah mencatat kejayaan cemerlang 7A dalam UPSR.

“Tali kasut adik Muhammad Ammar Hakim, anak PW1 Mohd Azmi bin Laibi, tidak tersimpul rapi ketika ingin terima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan tadi (Rabu), jadi saya tolonglah betulkan ikatannya,” tulis Hishammuddin.

Agree
sumber: instagram

“Agaknya dia begitu berdebar hingga terlupa mengikat tali kasut dengan baik! Apa-apa pun, sekalung tahniah diucapkan kepada Muhammad Ammar yang berjaya catat 7A dalam UPSR tahun lalu!”

Gambar yang dikongsikan tu sekarang dah mendapat lebih 15,000 likes dan lebih 400 shares di laman Facebook. Tindakan Hishammuddin yang dilihat begitu rendah diri menerima pelbagai reaksi poisitif orang ramai yang rata-rata memuji ciri-ciri pemimpin sebenar yang ditunjukkan Ahli Parlimen Sembrong itu.

Q
sumber: facebook
Ssss
sumber: facebook
Qqq
sumber: facebook

Dalam deretan pujian yang diterima Hishammuddin, ada seorang pengguna Facebook bernama Annur yang turut berkongsi pengalamannya berjumpa sendiri dengan menteri tersebut. Katanya, Hishammuddin sebelum ini pernah membantu membetulkan pakaiannya dua tahun lepas. Baginya, Menteri Pertahanan tu memang seorang yang senang didekati dan mesra dengan rakyat.

Www
sumber: facebook
Jdlasjsd
sumber: instagram

Waaah bertuah kita ada menteri yang prihatin macam ni! Negara kita memang perlukan lebih ramai pemimpin yang bersikap seperti Datuk Seri!

Baca: “Jamal nak bagi rakyat sedar! Dia tokoh pembangkang sebenar di Selangor…” – Wakil UMNO

Jaja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.