in

“Gaji hampir sama doktor pakar” – Jururawat Di Johor Berhijrah Ke Singapura, Gaji Lebih Lumayan

Untitled Design 2022 05 20T165030.835

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jururawat merupakan tulang belakang dalam perkhidmatan perubatan di negara kita, mereka adalah seseorang yang bertugas sebagai penjaga profesional dan membantu memudahkan kerja doktor dan menjadikan hospital atau klinik lebih teratur.


Pun begitu, baru-baru ini terdapat sebuah berita dimana Johor kini berdepan dengan masalah kekurangan 15,000 hingga 18,000 jururawat kerana sebahagian daripada mereka memilih untuk bekerja dalam sektor kesihatan di negara jiran, Singapura.

Jika ditukarkan, gaji yang mereka peroleh di negara seberang tambak itu lebih tinggi berbanding di Malaysia.

Nurse In Kk Bandar Seri Putra 4 Selangor

Dalam laporan Astro AWANI, Exco Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, krisis jururawat di Johor itu akan dibawa ke perbincangan bersama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin dalam masa terdekat untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Ini kerana, difahamkan pada ketika ini, Johor merekodkan nisbah seorang jururawat untuk 297 pesakit berbanding nisbah normal seorang jururawat bersamaan 200 pesakit, walaupun tiada nombor yang tepat tentang bilangan jururawat warga tempatan yang bekerja di Singapura, namun, bilangan itu semakin meningkat saban tahun.

“Setiap tahun makin menambah (jumlah jururawat bekerja di Singapura), kerana sebelah sana (Singapura) tawarkan gaji yang sangat menarik,” katanya.

Beliau juga berkata, sekiranya pendapatan jururawat yang bekerja di Singapura ditukar nilainya ke Ringgit, jumlah yang diperoleh mereka menyamai gaji seorang doktor pakar di Malaysia.

Banyak juga beza gajinya eh…

Baca: “Boleh kena denda ni” –  Netizen Bengang Rakyat Singapura Isi Minyak RON 95 Di Johor

Untitled Design 2022 05 20T163557.577

 

Sumber: KKM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.