in

“Boleh kena denda ni” – Netizen Bengang Rakyat Singapura Isi Minyak RON 95 Di Johor

Untitled Design 2022 04 04T102443.727

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pembukaan sempadan antara Singapura dan Malaysia sememangnya telah membahagiakan ramai orang, lebih-lebih lagi buat mereka yang sudah lama tidak bersua dengan yang tercinta kerana bekerja di negara jiran itu.


Bagaimanapun, pembukaan itu juga bermakna warga-warga Singapura sudah boleh masuk ke Malaysia dengan kereta mereka sendiri.

Isi minyak kereta di Malaysia

Sebelum adanya pandemik ini, warga Singapura mengisi minyak di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru, malah mereka juga sering ke negara kita ini untuk membeli barangan harian ataupun bercuti.

Pun begitu, baru-baru ini telah tular beberapa buah gambar di Twitter yang menunjukkan gelagat rakyat Singapura yang mengisi minyak di Johor.

Fpzz5Fwaqammvg0

Pun begitu, terdapat sebuah gambar yang tular di Twitter menunjukkan kereta bernombor plat Singapura mengisi minyak dengan minyak bersubsidi tempatan, RON 95.

Perkara itu menimbulkan kemarahan netizen kerana ia salah disisi undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan 196.

Difahamkan, minyak ‘kuning’ atau RON95 hanya boleh dibeli oleh rakyat Malaysia kerana ia disubsidi besar oleh kerajaan untuk mengekalkannya pada RM2.05 seliter untuk rakyat Malaysia walaupun harga minyak melonjak di peringkat global.

Sgron95

Kenderaan milik warga asing sepatutnya menggunakan RON97 yang dijual pada harga RM3.91 seliter.

Jangan takut untuk report jika terjumpa insiden seperti ini ya!

Baca: “Nak nangis” – [VIDEO] Ramai Sebak Lihat Rakyat Malaysia ‘Cross Border’ Lepas 2 Tahun di Singapura

Untitled Design 2022 04 04T102204.470

 

Sumber: Twitter
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.