in

Gagal Kesan Alat Kelamin, Doktor Anggap Ini Kucing Pertama Tiada Jantina

9 0T

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya kalau kita nak kenalpasti jantina seseekor kucing itu mestilah daripada organ seks mereka. Ada juga orang kata kalau badan kucing warna banyak, maka ia adalah betina. Betul ke?


Kucing tiada jantina sebab gagal kesan alat kelamin

Namun, berbeza pula pada seekor anak kucing di United Kingdom (UK) apabila ia didapati tiada jantina kerana tidak mempunyai organ seks, kes pertama yang berjaya dikesan oleh doktor di pusat penempatan haiwan.

Screenshot 2022 11 23 At 5.03.59 Pm

Kucing Tabby bernama Hope itu pada asalnya dianggap sebagai kucing betina semasa ia didaftarkan ke pusat perlindungan Cats Protection di Warrington, England, namun doktor haiwan gagal menemui organ seks luar.

Sebelum ini juga pernah berlaku satu kes kucing hermaphrodite di mana seekor kucing yang memiliki dua organ jantan dan betina. Berbeza dengan Hope, ia tidak mempunyai organ seks luar atau dalam.

Menurut pegawai kanan veterinar Cats Protection, Fiona Brocbank mengatakan bahawa keadaan itu disebut agenesis iaitu kegagalan organ untuk berkembang.

Walaubagaimanapun, kucing tersebut dilaporkan dalam keadaan sihat dan tidak terjejas untuk melakukan aktiviti seharian.

Screenshot 2022 11 23 At 5.04.04 Pm

“Kami menjalankan prosedur untuk mencari organ seks tetapi gagal menemuinya. Terdapat kemungkinan beberapa tisu ovari ektopik tersembunyi tetapi kami fikir ini sangat tidak mungkin?”

“Ini sangat jarang berlaku sehingga tidak ada istilah yang biasa digunakan untuk keadaan ini, tetapi kami simpulkan ia sebagai agenesis organ seksual iaitu kekurangan atau kegagalan perkembangan organ badan.”

Syarikat insurans Petplan juga mengesahkan Hope tidak memerlukan sebarang perlindungan khas kerana keadaan kesihatannya baik.

Alamak, kalau kes macamni kita nak anggap kucing ni jantina apa ye?

Baca: “Pet lover je tau”- Terus Cari & Peluk Kucing Lepas Kemalangan, Wanita Tak Kisah Keselamatan Diri

Screenshot 2022 11 23 At 4.56.21 Pm

Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.