Gagal Capai Target Jualan, Majikan Paksa Pekerja Makan Cacing Hidup

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Setiap syarikat pasti ada target jualan dan setiap pekerja haruslah mencapai setiap target ditentukan majikan. Sama juga seperti sebuah syarikat di China ini.

Namun apa yang membezakan mereka dengan syarikat yang lain adalah hukuman yang dikenakan ke atas pekerja akibat tidak mencapai target jualan ditetapkan. Sebuah kumpulan jualan bernama Ai Jia di Hanzhong memaksa pekerja memakan cacing hidup sebagai hukuman!

glee confused rachel berry say what stunned

Syarikat itu dikatakan tidak mencapai target jualan yang ditetapkan pada hari sebelumnya. Kesemua pekerja memakai uniform berwarna kuning dan berkumpul di kawasan dataran di Hanzhong untuk menerima hukuman tersebut.

Seorang lelaki dipercayai penyelia kumpulan hadir membawa dua plastik besar sebelum memanggil setiap nama pekerja yang gagal mendapatkan jumlah pelanggan ditetapkan syarikat sehari sebelumnya. 

Di dalam salah satu plastik besar itu berisi cacing hidup dan satu plastik lagi berisi chopsticks, gelas dan dua botol Baijiu; arak yang mengandungi 40 hingga 60 peratus alkohol.

worm2

Lelaki itu menuang Baijiu kedalam gelas yang dibawa sebelum mengambil cacing hidup dan memasukkan ke dalam gelas berisi wain itu menggunakan chopsticks.

Pekerja-pekerja yang namanya dipanggil kerana gagal mencapai target jualan diarahkan untuk meminum air campuran wain dan cacing hidup itu di hadapan pekerja yang lain. Lebih teruk lagi, pekerja wanita yang mengandung juga dipaksa untuk minum air campuran itu!

Saya tidak boleh makan cacing ini sekarang, saya juga tidak boleh minum air arak. Kecuali jika saya tidak mahukan bayi ini.”

Seorang pekerja lelaki tampil dan menawarkan dirinya untuk menjalani hukuman itu bagi pihak wanita mengandung tersebut. Nasib baik ada kawan kerja macam ni..

worm3

Menurut Huashang Daily, setiap pagi pekerja di syarikat itu akan meletakkan target bagi hari itu. Jika gagal mencapai target, mereka akan dihukum keesokan harinya. Seorang pekerja berkata,

Bagi setiap satu pelanggan yang terlepas, kami perlu memakan empat cacing hidup.”

Hukuman yang dilakukan di tempat awam itu menarik perhatian orang ramai yang berada di kawasan sekitar. Well, siapa tak pelik kalau tengok orang makan cacing hidup kan…

Menurut salah seorang pekerja, ini bukanlah pertama kali mereka dikenakan hukuman kejam sebegini.

Selain cacing hidup, kami pernah dipaksa memakan semut dan sotong hidup sebagai hukuman.”

worm1

Seorang lelaki dikenali dengan nama Cao mendakwa bahawa pekerja sememangnya dengan ‘rela hati menerima hukuman’ tersebut.  

Encik Cao adalah pemilik syarikat peralatan bilik mandi, yang juga bersama-sama membentuk kumpulan jualan ini. Pemilik syarikat seorang lagi pula berkata hukuman ini adalah ‘salah satu cara menggalakkan mereka’ untuk mencapai target jualan.

worm4

Menurut kerajaan China di laman web rasmi mereka, di dalam artikel 88 undang-undang kontrak pekerjaan China, majikan tidak dibenarkan untuk memalukan dan memberi hukuman berbentuk penderaan kepada pekerja.

Majikan bertanggungjawab ke atas pampasan jika berlaku kemudaratan yang dilakukan kepada pekerja, menurut artikel itu.

Biro Pemeriksaan Buruh bandar Hanzhong memberitahu wartawan bahawa memaksa pekerja untuk makan cacing hidup itu sebenarnya dianggap sebagai sejenis hukuman fizikal. 

“Para pekerja perlu melaporkan kes itu kepada Jabatan Buruh”, kata seorang pegawai dari Biro Pemeriksaan Buruh.

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!