in

Gadis Mualaf Diceraikan Suami Melalui SMS, Anak Kini Terabai Tanpa Nafkah

Cats

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kepercayaan dalam perkahwinan adalah asas yang amat diperlukan pada setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Tanpa kepercayaan ianya seperti rumah tidak bertiang. Tetapi kepercayaan yang melebih dan membuta tuli juga boleh memudaratkan sesuatu hubungan itu.


Ia samalah seperti kisah yang dialami oleh seorang wanita mualaf ini tentang bagaimana dia menjadi terlalu naif dengan mempercayai suaminya hingga ditinggalkan dengan tak bernafkah. Berikut apa yang dikongsikan mangsa:

Mariam atau nama sebenanya, Aura Sumbilla Minardo berasal dari Filipina dan telah bertemu dengan suaminya pada tahun 2012, ketika dia berkerja di Singapura. Dia mengenali bekas suaminya tatkala lelaki tersebut bekerja sebagai seorang imam di sebuah masjid di negara asing itu.

Disebabkan jawatan yang disandang suaminya, dia terpaksa merahsiakan hubungan sulit mereka dari diketahui umum.

598D68708Bdfee57F10008F5 6Cf920 1
Sumber: give. Asia

“Pada tahun 2013, saya telah mengandungkan anaknya dan dengan sewenang-wenangnya dia menyuruh saya untuk menggugurkannya kerana takut reputasinya sebagai seorang imam akan tercalar.”

Tak berperikemanusian langsung!

Oleh sebab sikapnya yang masih naif, dia terpaksa akur dengan arahan suaminya untuk menggugurkan bayi itu.

“Hubungan kami berlarutan hingga 2015, sehinggalah pada satu hari dia menyuruh saya untuk meninggalkan agama Kristian yang saya anuti dan memeluk agama Islam. Saya dengan membuta tuli menyetujui permintaannya itu.”

598D68D28Bdfee3Dde0048D7 58980C
Sumber: give. Asia
598D692E8Bdfee3Df6004B5A F02D28
Sumber: give. Asia
598D690E8Bdfee50240047E1 092Ffc
Sumber: give. Asia
598D68F68Bdfee3Df6004B53 02C9Ae
Sumber: give. Asia

Tetapi siapa sangka selepas itu, tiba-tiba suaminya menyampaikan hasrat untuk mengahwini seorang gadis Singapura.

“Selepas berita itu, saya mendapati yang saya hamil sekali lagi. Keadaan saya ketika itu seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa saya rasa ketika itu.”

Maka bekas suaminya pun mengahwini gadis Singapura tersebut. Mereka cuba menyuruh gadis itu untuk menggugurkan bayi dalam kandungan namun dia enggan. Oleh sebab tiada jalan lain, si suami terpaksa akur dan mengahwini gadis tersebut di Thailand tetapi dengan syarat bahawa dia terpaksa merahsiakan hubungan mereka.

“Selepas perkahwinan itu, saya pulang ke kampung halaman supaya bayi saya dapat dijaga dengan rapi. Dia kadangkala datang menjenguk saya dan anak tetapi layanannya terhadap saya menjadi semakin teruk hari demi hari. Dia mula memukul dan mendera saya. Sampai satu hari, dia menghantar SMS mengatakan dia mahu menceraikan saya.”

Suami jenis apa ini? Nafkah pun tak beri!

598D69598Bdfee3De70054Dd 76D6A8
Sumber: give. Asia

Akibat terlalu penat dengan sikap suaminya, gadis itu akur untuk bercerai. Kini dia terpaksa menyara hidupnya bersama anaknya sendiri tanpa bantuan suami. Pun begitu, Mariam tidak cepat mengalah. Dia sedang berusaha untuk membawa masalah ini ke mahkamah supaya suaminya didakwa dan membayar nafkah yang secukupnya kepada anak mereka.

Mari kita doakan semoga suaminya mendapat kesedaran terhadap perbuatannya itu. Bagi mereka yang berminat untuk menghulurkan bantuan buat Mariam dan anaknya, klik sini.

Baca: Wanita Mualaf Difitnah Murtad Kerana Diceraikan Suami dan Hidup Susah Tetapi Sebenarnya…

Capture 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.