in

Wanita Mualaf Difitnah Murtad Kerana Diceraikan Suami dan Hidup Susah Tetapi Sebenarnya…

Murtad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Wanita Mualaf Difitnah Murtad Kerana Diceraikan Suami dan Hidup Susah Tetapi Sebenarnya...
Loading
/

Besar juga sebenarnya kuasa viral ini, kan? Kisah tak benar dihebah-hebahkan sehingga ia menjadi fitnah yang memakan diri!


Heboh baru-baru ini kisah seorang mualaf yang dikatakan ingin murtad dari Islam oleh kerana tidak tahan akan kesusahan hidup selepas diceraikan suami. Kisah ini telah tular di laman sosial seperti Facebook dan juga di grup-grup WhatsApp.

Mesej ‘fitnah’ tersebut memberi informasi mengenai seorang wanita bernama Nur Hidayah Low Binti Abdullah yang baru sahaja diceraikan dan mempunyai anak.

Hidayah
sumber: facebook
20374502 1629024837122094 4537668856323877205 N
sumber: facebook

Beliau kini dikatakan menyewa sebuah bilik di sebuah kedai makanan lama dan menerima bantuan dari Perkim sebanyak RM200. Wanita yang dikatakan berasal dari Sarawak tersebut tidak mempunyai saudara mara kerana telah dibuang keluarga selepas dia memeluk Islam.

20264590 1629024927122085 3462840116917694221 N
sumber: facebook

Namun apa yang membuat sebahagian netizen sakit hati dan pelik mengenai mesej viral itu ialah ia memberitahu yang Hidayah ingin memberikan anaknya kepada orang lain dan berhasrat kembali kepada agama asalnya semula. Uish agak-agaklah! 

20245505 1629024853788759 4598700336772669706 N
sumber: facebook

Malah disediakan juga alamat dan nombor telefon wanita berkenaan bagi sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan kepadanya.

20293170 1629024897122088 2153969096457529437 N
sumber: facebook

Namun kisah yang ditularkan itu ternyata tidak benar apabila Dr MAZA atau Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Kerajaan Perlis telah mengeluarkan kenyataan berkaitan kes tersebut di laman Facebook.

Menurutnya,

“Pagi-pagi hari saya menerima mesej dari seorang tokoh memberitahu bahawa telah viral ada seorang mualaf di Perlis nak murtad sebab dalam kesusahan.” 

“Sebaik sahaja menerima mesej itu saya telah mohon pihak MAIPs siasat segera.” 

Dr MAZA berkata, dia yang menerima pelbagai mesej mengenai hal tersebut tersangat hairan bagaimana operasi MAIPs yang begitu bersungguh-sungguh mencari asnaf boleh gagal mengesan kes ini.

Namun sebaik sahaja beliau pergi berjumpa dengan Nur Hidayah bersama CEO MAIPs Al-Fadhil Ustaz Mohd Nazim Mohd Nor, kisah sebenar terlerai juga.

20246482 10155603949322990 8221511181494118713 N
sumber: facebook

Menurut Dr. MAZA, Hidayah baru berpindah ke Perlis beberapa bulan lepas dan dia tidak berasal dari Sarawak seperti yang diviralkan tetapi dari Melaka. Walau bagaimanapun, Hidayah kini memang menjalani kehidupan susah kerana terpaksa menanggung dua anaknya seorang diri selepas diceraikan suami.

“MAIPs telah membantu beliau sejak beberapa bulan lalu. Sehingga kini sudah RM2,000 diberikan. Bantuan pihak MAIPs berterusan sehingga kini.”

“Jabatan Kebajikan Masyarakat juga ada memberikan bantuan bulanan. Demikian PERKIM Perlis juga membantu,” kata Dr. MAZA. 

Malah menurut Dr MAZA, imam masjid kampung berkenaan telah memberi tumpang rumah kedai kepunyaannya secara percuma sejak beberapa bulan lalu.

20264926 10155603949067990 8906825054862955324 N
sumber: facebook
20245923 10155603949692990 6124606317184431060 N
sumber: facebook

Mualaf berkenaan juga selalu hadir ke kelas agama PERKIM dan tidak pernah ingin murtad ataupun menyerahkan anak kepada pihak lain seperti yang diviralkan di media sosial baru-baru ini.

Difahamkan juga, anaknya yang pertama berusia 8 tahun dan masih bersekolah dengan baik. Walau bagaimanapun, pihak MAIPs merasakan wanita berkenaan memerlukan rumah yang lebih selesa dari sekarang dan mereka dalam cadangan untuk mengusahakannya. Syukurlah…

20292833 10155603950477990 7578025010090654125 N
sumber: facebook

Penjelasan dari Mufti Perlis itu juga diikuti dengan penafian dari Nur Hidayah sendiri yang dirakam pihak berwajib:

Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menghubungi pihak MAIPs atau PERKIM untuk informasi lanjut. Semoga hidup mualaf ini dan anak-anaknya dipermudahkan.

Rujuk atau selidiklah terlebih dahulu sebelum menyebarkan apa-apa berita. Kan dah buat dosa sebab sebarkan berita tak betul… 

Baca: Mualaf Ditinggal Keluarga Selepas Peluk Islam Terpaksa Hidup Bawah Jambatan Sejak Dua Tahun Lalu

Mualaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.