in

Gadis Kongsi Bagaimana Dia Berjaya Miliki Sebuah Rumah di Bukit Bintang Pada Usia 24 Thn

Featured Rumah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jarang untuk kita dengar anak muda sekarang memiliki rumah mereka sendiri, lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi negara sekarang. Pastinya harga sebuah rumah sudah melambung tinggi. Tetapi gadis ini telah membuktikan bahawa golongan muda juga turut boleh memiliki rumah sendiri hanya dalam masa 2 tahun! Wow hebatnya!


Tular di media sosial, di mana gadis yang bernama Ifa, berasal dari Kedah ini berkongsikan cara bagaimana beliau boleh memiliki sebuah rumah teres 2 tingkat pada usianya 24 tahun. Uish muda lagi dah ada rumah? Dasyat!

Rumah E1510382949402
sumber: twitter

“Alhamdulillah. Azam 2017 Ifa dah tercapai untuk beli rumah in age 24..”

Menurut perkongsian Ifa di Twitter, dia telah tanamkan azam untuk memiliki rumahnya sendiri sejak umurnya 19 tahun, dan azamnya untuk memiliki rumah yang terletak di Bukit Bintang, sebelum umurnya mencecah 25 tahun kini tercapai. Tahniah!

Antara ‘rahsia’ yang dikongsikan adalah dengan menabung.

“Simpan duit tu dalam bank korang even sikit pun. Biar ada transaction bank itu duit keluar masuk. Kalau korang nak ambil duit tu pun jangan sampai habis”

“Duit OT korang setiap bulan tu penting. Even korang buat OT ikut mood, tapi RM50 pun bank akan ambil kira sebagai income kita untuk bulan tu”

Rumah 3
sumber: twitter

Tambahnya, lebih elok sekiranya mencari rumah yang ditanggung kos peguam dan lain-lain oleh  pemaju rumah berkenaan. Walaupun ia sebenarnya sama sahaja, tetapi ia lebih memudahkan kita dalam urusan jual beli rumah.

“Orang kata nak beli rumah murah time lagi 2 tahun nak siap tu dah beli, betul tu. Masa tu murah kalau korang nak beli rumah”

Rumah 1 E1510383001526
sumber: twitter

Menurutnya, untuk mencari rumah yang baik dan melengkapi citarasa kita bukanlah mudah seperti yang disangkakan. Hampir setiap hari Ifa membuat survey bagi mendapatkan rumah yang terbaik, dah selalunya untuk mendapatkan rumah yang lebih murah, perlulah ‘cop’ rumah tersebut dengan lebih awal.

“Ifa doakan korang dapat inspirasi dari thread Ifa. Ifa suka tengok anak-anak muda ada matlamat dan beli aset dalam usia muda dengan hasil titik peluh sendiri”

Ifa juga berazam untuk mendapatkan sebuah lagi rumah sebelum umurnya mencecah 30 tahun. Good luck ya!

Hebat! Bukan senang nak jumpa anak muda macam ni zaman sekarang. Harap golongan muda di luar sana dapat jadikan kisah ini sebagai inspirasi kalian! 🙂

Baca: Suami Isteri Kumpul Syiling Selama Dua Tahun Akhirnya Dapat Beli Kawasaki Ninja Idaman!

Motor Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.