in

Gadis Cuba Bunuh Diri Dengan Kelar Leher Hubungi Polis Minta Bantuan Kerana Tidak Tahan Kesakitan

Kelar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gambar di atas adalah untuk tujuan ilustrasi.



Membunuh diri bukanlah satu jalan penyelesaian kepada masalah yang kita hadapi. Tidak kira jika ianya sangat sukar untuk diatasi, setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaiannya.

Mungkin ianya nampak mudah, tetapi pada hakikatnya dari membuat keputusan hinggalah melaksanakannya (bunuh diri) benar-benar sukar. Jangar fikir sampai ke situ okay.

Itulah pengajaran yang dirasakan seorang gadis berusia 23 tahun dari Bintulu, Sarawak baru-baru ini.

Gadis
gambar hiasan

Menurut World of Buzz, gadis berbangsa Cina itu mahu membunuh diri tetapi berputus asa ketika sudah melaksanakannya.

Gadis itu dikatakan membuat keputusan untuk membunuh diri di hadapan sebuah perpustakaan Selasa lalu kira-kira jam 2 pagi tetapi gagal.

Apa yang dilakukan gadis tersebut adalah; kelar lehernya menggunakan pisau tetapi kerana tidak dapat menanggung kesakitan terlampau yang dirasainya, dia terpaksa berhenti separuh jalan.

Selepas itu dia terus hubungi polis untuk datang memberikannya bantuan.

Kelar2
gambar hiasan

Sebaik sahaja menerima panggilan tersebut, pihak polis terus bergegas untuk menyelamatkannya dan menghantar gadis itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Menurut laporan semasa, dia kini masih berada di hospital dan akan ditahan di wad untuk pemerhatian doktor. Buat masa sekarang, polis masih tidak jelas tentang punca gadis berkenaan membunuh diri dan siasatan masih dijalankan.

Kelar1
gambar hiasan

Itulah, sebelum buat keputusan macam ni fikirlah masak-masak ye. Fikir perasaan keluarga tu..

Baca: Pasangan Dari Bukit Mertajam Bunuh Diri Kerana Tertekan Hutang Ah Long Sebanyak RM100,000

Bunuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.