Jodoh siapa ni?
Bila umur dah semakin meningkat, ramai yang akan terfikir soal jodoh. Tapi bila hidup dah dipenuhi dengan komitmen pada kerjaya, semakin hari semakin sukar nak cari pasangan sehidup semati.
Ini lah yang terjadi kat seorang gadis cantik dikenali sebagai Olen. Menurut mStar, gadis dari Sabah ni dah mencuba bermacam-macam aplikasi mencari jodoh tapi katanya belum berjumpa dengan jodoh yang dicari-cari.
Disebabkan kegagalannya mencari pasangan hidup di laman cari jodoh, Olen yang berusia 27 tahun nekad memuat naik status nak cari pasangan kat laman Twitter miliknya. Dalam entri tu Olen meluahkan hasrat untuk menamatkan zaman bujang dan berharap dia akan dipertemukan dengan jodohnya dengan cara tu.
Oleh juga menegaskan yang dia bukan nak cari populariti atau publisiti murahan, tapi dia serius nak cari pasangan dan siap dah tetapkan target untuk perkahwinannya tu. Katanya kalau boleh dia nak berkahwin pada tahun depan nak empat orang anak.
Lepas tengok status Olen, ramai lah yang mula kasi pick-up line untuk gadis cantik ni. Ada juga yang perkenalkan diri dan menyatakan niat nak mula berkawan dengan Olen.
Bukan setakat jejaka seusia Olen saja iklankan diri masing-masing, tapi yang jauh lebih muda pun nampak berminat untuk cuba nasib kalau-kalau dorang ni jodoh gadis tu. Amboi!
Walaupun ada ramai yang duk usik-usik Olen sebab cari jodoh dengan cara ni, ramai jugak yang mendoakan supaya gadis cantik ni berjumpa dengan pasangan yang dicari dan dipermudahkan urusan jodohnya.
Ada juga yang menasihatkan Olen supaya mengambil peluang ni untuk menjaga ahli keluarga. Dorang cakap Olen boleh lah jaga ibu bapa dan tolong adik beradik waktu ni sebab bila dah kahwin nanti susah nak habiskan masa dengan keluarga sendiri.
Semoga Olen cepat-cepat bertemu jodoh.
Baca: “Looking for boyfriend!” – Wanita Tanpa Segan Mencari Jodoh di Twitter, Dapat Perhatian Ramai