in

From Nothing to Something, Baca Rahsia Dr Amin Jadi Jutawan Dalam Masa Setahun!

Page D

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hidup kita takkan ada perubahan selagi kita sendiri tak usaha untuk berubah. Kalau nak berjaya tak bolehlah goyang kaki je tapi kena ada usaha.


Macam kisah hidup ahli perniagaan berjaya ni, Dr Amin Abdullah. Kalau dulu, burger pun dianggap sebagai hidangan yang mewah buat anak sulung daripada empat adik beradik ni.

J3 1
sumber: facebook

 

Nekad nak keluar dari kesusahan

Kesusahan yang dihadapi pada masa lalu menjadi motivasi untuk anak kelahiran Ipoh, Perak ni untuk berjaya.

“Saya tak nak kekal dalam kemiskinan dan tak nak anak-anak saya suffer macam saya.”

Berbekalkan doa ibu dan ayah, Dr Amin masih boleh teruskan pelajaran sehingga peringkat diploma dan kemudian mula bekerja sebagai seorang wartawan di akhbar tempatan.

 

“Kalau dengan sijil diploma banyak mana je gaji dan sejauh mana je boleh pergi?”

Dengan orang keliling yang memegang degree dan masters, ianya menjadi inspirasi untuk beliau menyambung pelajaran dan akhirnya berjaya memperoleh MBA dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Doctorate in Business Admin dari Universiti Florida.

J1
sumber: intrend

 

Bukan mudah untuk berjaya

Pemergian bapa kesayangan buat selama-lamanya pada tahun 2009 digambarkan sebagai lowest point beliau. Enggan terus bersedih dan ingin maju ke depan, beliau mula berjinak dalam perniagaan kosmetik pada tahun 2013.

Kerana sukakan cabaran, beliau approach sebuah kilang di Kedah untuk belajar selok belok pengurusan dan perniagaan sampailah beliau mampu buka kilang sendiri iaitu JenamaSendiri.com. Wow!

J6
sumber: facebook

Dalam masa setahun je, Dr Amin berjaya peroleh sebanyak RM1 juta, pada tahun kedua pula meningkat sebanyak RM5 juta dan kini stabil pada RM15 juta. Nak beli kereta mewah pun boleh pilih je mana nak! Hebat!

 

Tips Dr Amin untuk korang yang nak berjaya sepertinya

  • Kejar ilmu sebab tanpa pendidikan peluang nak maju kurang sebab tu beliau sambung belajar sampai Ph.D
  • Berguru dan belajar daripada mereka yang tahu. Macam tulah cara beliau belajar nak buka kilang sendiri
  • Hargai ibu bapa selagi ada sebab doa mereka sangat penting untuk kejayaan dan kesejahteraan hidup
  • Tahan dan terima kritikan walaupun kena marah atau dimaki
  • Banyak berkorban dan sanggup tidur lima jam sehari serta bekerja walaupun pada hujung minggu
  • Jangan putus asa dan belajar dari kesilapan

Q1

 

Gembira dan puas hati dapat bantu orang lain

Pembukaan kilang miliknya sendiri sekaligus dapat membantu ramai usahawan muda Melayu yang juga dahagakan kejayaan sepertinya.

“Saya gembira dan puas hati bila dapat bantu ramai orang.”

J5
sumber: instagram

Kejayaan dan kekayaan yang dimiliki tidak disimpan sendiri malah dikongsikan bersama mereka yang memerlukan dengan melancarkan Yayasan JenamaSendiri.com yang menyalurkan sumbangan bulanan kepada pihak MAKNA (Majlis Kanser Nasional) dan NKF (Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia).

 

“Bila mak saya dah takde apa nak request, masa tu saya tahu saya dah berjaya”

Dr Amin tak pernah lupa untuk gembirakan hati orang tuanya. Malangnya kejayaan yang dikecapi sekarang tidak sempat dikongsikan bersama bapanya tapi masih dipinjamkan masa oleh Allah untuk terus berbakti pada ibunya.

“Ayah saya ada motor buruk je dulu. Tak sempat saya nak belikan motor idamannya.”

J7
sumber: instagram

Beliau juga tidak putus mengajukan soalan mengenai benda yang dihajati ibunya sehingga pada satu tahap ibunya dah buntu nak request apa sebab semua dah tersedia. Pada masa itulah Dr Amin tahu, beliau dah berjaya.

Usaha dalam nak ubah kehidupan bukanlah senang malah seseorang tu kena kental dan terima kritikan walaupun pahit untuk ditelan. Sekiranya jatuh, ianya bukan alasan untuk terus menyepi tapi peluang untuk bangkit dan belajar dari kesilapan.

J4
sumber: instagram

Bukan senang nak berjaya tapi tak mustahil. Yang penting kena ada kesedaran dan usaha. Guna tips-tips yang dikongsikan oleh orang yang dah lalui untuk memajukan diri.

Jom bangun! Ubah hidup kita!

Baca: Profesor UKM Jadi Wanita Pertama di Malaysia Terima Anugerah Berprestij Ni!

Wanitaftw

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.