in

Founder Pening Layan Customer Perangai Macam Ni

Page 2 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah memang adat berniaga kena handle customers. Mereka pulak ada banyak ragam. Seorang founder dah meluahkan perasaan di Instagram dan telah dikongsikan oleh seorang individu di Facebook.


Katanya di dalam entri tersebut, dia tak menyangka akan ada orang yang pelik sehinggakan boleh bertanyakan soalan mudah serta boleh diselesaikan dengan usaha sendiri. Kata individu tersebut,

“Benda simple je pun. Google ada, internet ada, handphone ada. Gunalah sebaiknya. Kan semuanya dihujung jari. Itu pun nak kena explain.”

Individu ini turut berkongsi beberapa screenshot daripada founder yang pening melayan ragam pelanggannya. Founder ini menjelaskan bahawa dia bukannya tidak mengalu-alukan soalan tetapi berharap agar pelanggan akan mencari jawapan dulu sebelum bertanya. Katanya,

1 4
sumber: facebook

Jelasnya lagi, segelintir pelanggan akan bertanya dengan baik menggunakan bahasa yang baik, namun begitu, jawapan kepada persoalannya mudah sahaja dan langsung tiada kena mengena dengan kualiti produk yang dijualnya.

2 2
sumber: facebook

Bukan itu je, ada customer yang komplen kerana tiada pam pada foundation yang dibeli daripada founder tersebut. Tetapi sebenarnya customer itu menggunakan cara yang salah untuk membuka penutup botol tu. Laaaa….

3
sumber: facebook

Selain itu, ada pelanggannya yang komplen kerana pam yang digunakan comot dan founder berkenaan turut membandingkan produk jenama international dengan produknya yang mempunyai ‘masalah’ yang sama. Walau bagaimanapun, solutionnya amat mudah…

4
sumber: facebook

Tak cukup dengan itu, ada pelanggannya yang menuduh foundation yang dijual rosak sebab cair dan meleleh keluar. Jelas founder terbabit, produk jenama lain juga mempunyai ‘masalah’ yang sama tapi bukanlah kerana ianya rosak tetapi hanya perlu digoncang sebelum digunakan.

5 1
sumber: facebook

Orang lain yang melihat perkongsian ini turut bersetuju dan mengatakan bahawa customers tersebut patut lebih bersabar dan bukannya tau nak komplen dan menuduh founder berkenaan. Chill, girls.

Cats
sumber: facebook

Aiyooo.. Benda yang simple pun nak kena tanya ke?

Baca: Founder Kembara Kitchen Kesal Pelajar U Kini Kurang Adab. Ini Apa Yang Buat Dia Bengang…

Page William Cheah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.