Rasanya dah banyak kali dah isu seperti ini dibangkitkan di media sosial. Tapi nampak gayanya masih ada lagi yang tak dapat hadam dan ulangi kesilapan yang sama.
Baru-baru ni. William Cheah, founder Kembara Kitchen telah meluahkan perasaan kesal dengan cara pelajar universiti di Malaysia approachnya untuk ditemu bual. Baca conversation mereka yang buat Cheah bengang.
Pelajar buat assignment tanpa berfikir
Kalau nak buat assignment, ia perlulah lebih bermakna dan bukan sekadar nak siapkan kerja yang diberi. Cheah turut memberikan nasihat kepada pelajar universiti bagaimana cara yang betul nak approach sesebuah organisasi dan skill lain yang perlu dipelajari bagi mencapai matlamat. Baca macam mana Cheah sekolahkan budak-budak ni.
Buat research sebelum contact dan perkenalkan diri terlebih dahulu
Kata Cheah, info yang diminta oleh pelajar tersebut sudah pun tersedia di internet dan adalah amat penting untuk memperkenalkan diri terlebih dahulu sebelum memulakan komunikasi serta tahu dengan siapa korang sedang berhubung.
Jangan nak senang sahaja. Usaha lebih untuk capai matlamat
Kerana kekangan dari segi lokasi, Cheah faham kenapa pelajar tersebut memilih mengadakan interview dengan cara menghantar dokumen untuk Cheah isi. Tetapi katanya, lebih baik kalau gunakan teknologi yang sedia ada untuk temu bual secara dalam talian. Ini baru namanya mencari jalan kepada cabaran yang dihadapi!
Jangan buat assignment hanya sebab nak cepat siap, selalu bertanya ‘kenapa’
Bila Cheah menolak untuk diinterview, pelajar tersebut hanya menerima tanpa bertanya kenapa. Hal ini membuatkan Cheah rasa kurang senang kerana sepatutnya pelajar tersebut bertanya kenapa dia menolak untuk ditemu bual.
Bukan tu je, dia turut memberi nasihat supaya pelajar U menjadi lebih convincing dalam memujuk ‘klien’ untuk menerima apa yang dibentangkan. Selain itu, pelajar tersebut sepatutnya berkongsi pendapat dan pandangan serta syorkan jalan yang boleh memudahkan klien.
Buat kerja mesti ikhlas dan bersungguh-sungguh
Cheah melihat pelajar yang deal dengannya tu langsung tak bersungguh-sungguh dalam meminta untuk menemu bual bagi menyiapkan assignment. Oleh tu, katanya bagaimana orang nak tolong kalau pelajar tu tak nak tolong dirinya sendiri.
Soft skills tak dipupuk dengan betul di U
Walaupun kesal kerana pelajar ini tak bersungguh-sungguh dalam mempelajari subjek yang diambil, namun, dia tak salahkan 100% kepada pelajar sahaja kerana mungkin tiada pelaksanaan yang betul.
Just because korang students, jangan pulak korang ambil mudah dan berharap orang lain akan memudahkan kerja korang. Kena belajar dari sekarang lah untuk jadi profesional dan buat yang terbaik untuk assignment korang tu!
So, harapnya pelajar U di luar sana akan ambil pengajaran daripada hal ini supaya perkara yang sama tak berulang. Selain tu, harapnya perubahan ni dapat menjadikan korang pelajar yang lebih berkaliber.
Hadam betul-betul ye!
Baca: 8 Perangai Annoying Orang Malaysia Bila Nak Cari Kerja. Korang Macam Ni Tak?