in

[FOTO] VIRAL Lelaki Berbogel Berkeliaran Di Rumah Penduduk Kawasan Tronoh, Cetus Kebimbangan

Featured 10

Semalam viral di media sosial gambar seorang individu dipercayai lelaki berkeliaran di perumahan penduduk dalam keadaan berbogel.

Beberapa rakaman kamera litar tertutup (cctv) berjaya merakamkan kelibat lelaki tersebut yang dipercayai berkeliaran di area Taman Tronoh Awana awal pagi semalam, lapor Perak Gazette.

Lelaki terbabit yang hanya menutup muka dipercayai menggunakan baju itu dilihat berjalan di belakang dan perkarangan rumah penduduk tanpa tujuan.”

Kejadian dipercayai berlaku awal pagi hingga hampir pukul 7 pagi.

Video tular lelaki berbogel cetus kebimbanganIPOH 24 Mac – Beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular di…

Posted by Perak Gazette on Tuesday, March 24, 2020

Salah seorang penduduk taman, Shaarani Ismail 42 tahun berkata dia menyedari kes itu selepas ada berlaku beberapa insiden cctv rumah penduduk yang ditutup kain selain tingkap bilik air dibuka dari luar.

Dia kemudian terus periksa cctv rumahnya sebelum melihat rakaman lelaki berbogel yang berkeliaran di belakang dan perkarangan rumah.

“Menerusi CCTV, saya tidak nampak lelaki itu memegang apa-apa senjata dan dia dilihat hanya berjalan mundar-mandir sahaja.

“Apabila saya periksa keadaan persekitaran rumah, tiada barang-barang yang hilang atau kesan rumah dipecah masuk,”

90235465 218759696199830 6042427950727430144 N

91066829 218759596199840 3228225358159413248 N

Sehingga kini mereka masih tidak mengetahui identiti lelaki tersebut namun mereka mengesyaki lelaki itu merupakan warga asing.

Pada masa sama dia berharap lelaki itu dapat ditangkap segera demi keselamatan penduduk terutama yang tinggal sendirian.

90703805 218759672866499 5038758080075005952 N

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri mengesahkan perkara itu dan berkata, dua laporan telah diterima dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek.

 

Uishh scarynya…

Baca : Tak sensitif langsung! Model Playboy Cetus Kontroversi, Buat Photoshoot Bogel Dalam Masjid Hagia Sophia

1 21