Seperti yang diketahui, ketika ini sedang berlangsung pelayaran Global Sumud Flotilla 2.0 dan difahamkan ada beberapa peserta terdahulu kembali menyertai misi kemanusiaan kali ini.
Bagaimanapun, tiada kelibat pempengaruh dan aktivis kemanusiaan Farah Lee dalam misi kedua ini.
Menjawab tanda tanya dalam kalangan pengikutnya, Farah menyatakan bahawa dia sudah lama memutuskan untuk tidak memohon menyertai misi pada kali ini atas sebab-sebab peribadi.
Katanya dalam satu perkongsian di platform Threads, Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli menjelaskan bahawa dia mempunyai alasan tersendiri yang tidak perlu didedahkan kepada umum berhubung keputusan itu.
“Semasa GSF 1.0, saya menolak kebanyakan temu bual media bagi memastikan tumpuan kekal kepada misi, bukan kepada individu yang terbabit.
“Saya hanya berkongsi perkembangan peribadi secara terhad dan memilih untuk kekal sederhana sambil terus berkongsi mengenai layanan yang diterima daripada IOF,” jelasnya.
Pada masa yang sama, Farah menafikan dakwaan dia tidak lagi aktif membantu Gaza, sebaliknya dia masih terlibat secara langsung dalam kerja kemanusiaan di lapangan.
“Saya adalah pekerja kemanusiaan di lapangan. Saya terus menyalurkan bantuan ke Gaza termasuk sepanjang misi musim sejuk dan Ramadan tahun ini,” katanya.
Artikel berkaitan: “Saya pergi kerana anak saya” – Farah Lee Jawab Persoalan Kenapa Sertai Flotila Ke Gaza
Artikel berkaitan: Hampir 40 Rakyat Malaysia Sertai GSF 2.0, Angkat Peranan Negara Ke Tahap Lebih Tinggi
Dalam pada itu, Farah turut menegaskan bahawa setiap individu mempunyai peranan dan kapasiti berbeza dalam memperjuangkan isu Palestin.
“Setiap orang ada tugas, ruang dan kapasiti berbeza dalam perjuangan untuk Palestin. Fokus kepada misi, bukan ahli yang menyertai misi,” katanya.
View on Threads
Sehubungan itu, Farah memberi teguran bahawa penderitaan rakyat Palestin tidak seharusnya tenggelam hanya kerana perhatian diberikan kepada individu tertentu.
Dia bagaimanapun tidak menolak kemungkinan untuk menyertai misi seumpama itu pada masa akan datang sekiranya diperlukan.
Sumber: Threads
