Bagi pengikut setia dunia dakwah dan misi kemanusiaan di Malaysia, nama Ustaz Muhammad Bin Abdullah atau lebih mesra dipanggil Ustaz Mad Kechik pasti sudah tidak asing lagi.
Walaupun memiliki kekurangan fizikal, pendakwah berjiwa besar ini sentiasa membuktikan bahawa kekurangan bukanlah penghalang untuk menabur bakti kepada ummah, termasuk penglibatan beraninya dalam misi Global Sumud Flotilla 1.0 ke Gaza sebelum ini.
Artikel berkaitan: “Comel ustaz” – Tekad Sampaikan Dakwah, Ustaz Mad Kecik Tidak Jadikan Kekurangan Sebagai Penghalang
Artikel berkaitan: “Saya tidak berhenti berdoa” – Ustaz Mad Kecik Sempat ‘Video Call’ Dengan Ibu Sebelum Ditahan
Terbaharu, tular satu berita gembira di media sosial apabila Ustaz Mad Kechik dilaporkan telah selamat menamatkan zaman bujangnya dan sah bergelar suami.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi miliknya (Ustaz Muhammad Bin Abdullah – UMA), majlis akad nikah pasangan ini telah berjalan dengan lancar dan penuh kesyukuran.
“Alhamdulillah Syukur Kepada Allah Taala Telah Selesai Majlis Akad Nikah Pengantin Ustaz Muhammad Bin Abdullah Dengan Pasangannya Nor Suhada Binti Mohd Azam,” tulisnya.
Dalam perkongsian yang sama, beliau turut memohon doa orang ramai agar bahtera rumah tangga yang baru dibina ini sentiasa dipenuhi dengan mawaddah, rahmah, dan sakinah sehingga ke syurga.
Netizen Hujani Ucapan Tahniah & Doa
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan para pengikutnya tidak lepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah atas penyatuan dua hati ini. Rata-rata memuji ketulusan cinta pasangan tersebut dan menganggap perkahwinan ini sebagai bukti kebesaran Allah SWT dalam mengatur jodoh yang terbaik.

Sumber: Facebook
