in

Filipina Dapat Kebenaran Masukkan Sabah Dalam Peta Negara Mereka? Biar Betul!

Gambar Hiasan 3 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Filipina sebelum ini sudah beberapa kali cuba menuntut Sabah atas alasan ‘sejarah’ biarpun melalui Suruhanjaya Cobbolt pada 1963 telah menyatakan pengiktirafan kemerdekaan Sabah oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Namun pada kali ini, Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara Filipina membenarkan cetakan peta Filipina meliputi kawasan 320 kilometer Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) dan merangkumkan Sabah di dalam pasport negara itu. Dah pulak..sukahati diorang je..

Rufus Rodriguez, individu yang bertanggungjawab menulis rang undang-undang House Bill 6399 yang akan memberi kesan kepada Akta Pasport Filipina tahun 1996 berkata bahawa pindaan ini bertujuan untuk menekan dan menegaskan hak dan sejarah Filipina ke atas Sabah.

Menurut CNN Philippines, dia menambah bahawa dokumen perjalanan Filipina ini adalah kenyataan kuat bahawa negara tersebut menegaskan hak kedaulatan mereka di Laut Filipina Barat dan hak-hak sah sejarah Filipina ke atas Sabah

231113

Ini bukanlah pertama kali Filipina bertindak menuntut Sabah dari Malaysia. Sebelum ini, Setiausaha Luar Filipina, Teodoro Locsin Jr  telah mengeluarkan kenyataan kontroversi yang mendakwa Sabah bukanlah di negara Malaysia.

Kenyataan ini kemudiannya dibalas Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyifatkan kenyataan Locsin itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan hubungan dua hala di antara kedua-dua negara.

Untuk rekod, Sabah bergabung dengan Malaysia pada tahun 1963, negeri ini pernah menjadi sebahagian daripada kesultanan Sulu berabad-abad lamanya yang merangkumi Borneo Utara dan sebahagian Filipina selatan.

 

Baca: Saya layak dilantik jadi Ketua Menteri Sabah – Tan Sri Musa Aman

Capture 2 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.