in

“Saya layak dilantik jadi Ketua Menteri Sabah” – Tan Sri Musa Aman

Musa Confident

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman menegaskan beliau layak dilantik sebagai Ketua Menteri negeri itu, lapor Harian Metro. Beliau berkata sedemikian selepas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal mengumumkan DUN Sabah dibubarkan.


Beliau turut mendakwa mempunyai sokongan majoriti daripada 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada 65 kerusi DUN Sabah.

Dari segi undang-undang dan perlembagaan negeri Sabah, saya layak dilantik oleh Tuan Yang Terutama (Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin) untuk menjadi Ketua Menteri Sabah (baharu) kerana mempunyai sokongan majoriti.”

Musa1

“Saya ingin menegaskan bahawa pada pagi ini, saya telah menyampaikan kepada Tuan Yang Terutama (Tun Juhar) 33 surat akuan bersumpah (SD) yang mengesahkan bahawa ADUN tersebut menarik balik sokongan kepada (Mohd) Shafie Apdal dan menyatakan sokongan kepada saya untuk dilantik sebagai Ketua Menteri.”

“Saya berharap keputusan akan diambil secara bijak dan wajar oleh Tuan Yang Terutama untuk melantik saya sebagai Ketua Menteri baharu dan memberi peluang untuk kami membentuk kerajaan baharu.”

Musa2

Bagaimanapun, Musa berkata beliau tidak terkejut dengan pembubaran ini dan turut mendakwa ianya adalah ‘penganiayaan’ terhadapnya.

“Saya dianiaya kali kedua. Kami tidak terkejut dengan tindakan ini (bubar DUN) dan menjangkakan tindakan seperti ini boleh berlaku. Ini yang saya ingin jelaskan bahawa ini kali kedua saya rasa saya telah dianiaya.”

“Kali pertama, saya sudah menubuhkan kerajaan dan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah… saya dipecat (selepas Pilihan Raya Umum ke-14).”

Baca: Rakyat Sabah tentukan kerajaan Sabah” – DUN Sabah Dibubarkan, Pilihan Raya Negeri Dalam Tempoh 60 Hari

Dun Sabah

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.