Filem Eternals Cetus Fenomena, Permintaan Untuk Belajar Bahasa Isyarat Meningkat 250%

Tambah ke Sumber Pilihan
Filem Eternals Cetus Fenomena, Permintaan Untuk Belajar Bahasa Isyarat Meningkat 250%

Filem Eternals daripada Marvel telah mula ditayangkan awal bulan ini. Eternals menampilkan barisan pelakon yang hebat antaranya Angelina Jolie, Salma Hayek, Gemma Chan dan ramai lagi. Filem superhero telah mencatatkan kutipan tiket sebanyak $161 juta pada minggu pertama ditayangkan.

Screenshot 2021 11 20 At 2.25.29 Pm

Dalam kumpulan superhero Eternals itu, ada satu watak dengan kelainan upaya iaitu pekak dan bisu. Watak Makkari yang dilakonkan oleh Lauren Ridloff itu berkomunikasi sesama watak lain dengan menggunakan bahasa isyarat.


Screenshot 2021 11 20 At 2.25.51 Pm

Ridloff yang dilahirkan dengan dengan masalah pendengaran menjadi superhero pekak pertama dalam Marvel Cinematic Universe. Pelakon berusia 43 tahun itu telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Douglas Ridloff yang juga merupakan penyair dan visual storyteller yang berkhidmat bersama American Sign Language. 

Screenshot 2021 11 20 At 2.26.11 Pm

Memetik laporan Independent UK, permintaan untuk belajar bahasa isyarat telah meningkat sebanyak 250% selepas tayangan Eternals di seluruh dunia. Satu kajian yang dijalankan oleh Preply telah menunjukkan carian mengenai kelas bahasa isyarat atas talian telah meningkat dengan mendadak sejak 1 November lalu.

Screenshot 2021 11 20 At 2.35.22 Pm

Rata-rata carian melibatkan ‘belajar bahasa isyarat untuk pemula’, ‘maksud bahasa isyarat’ dan ‘tutor bahasa isyarat’. Perkara ini turut menggembirakan pengarah Eternals, Chloe Zhao yang telah memilih barisan pelakon dari pelbagai latar belakang untuk mewakili kepelbagaian penduduk dunia dalam filem itu.

Baca: Angelina Jolie Kesal Ada Negara Haramkan Eternals Anggap Satu Bentuk Kejahilan

Screenshot 2021 11 20 At 2.19.58 Pm

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Filem Eternals Cetus Fenomena, Permintaan Untuk Belajar Bahasa Isyarat Meningkat 250%
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/filem-eternals-cetus-fenomena-permintaan-untuk-belajar-bahasa-isyarat-meningkat-250/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM