in

“F*ck you Harian Metro!” – Lelaki Dakwa Rakan Difitnah Akhbar, Siar Gambar dan Cerita Palsu

Page 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ini, terlalu banyak kes yang menglibatkan tentang penderaan terhadap binatang sama ada kucing mahu pun anjing. Mereka yang tidak berhati perut ini ada kalanya hingga sanggup membakar, mencampak atau memijak binatang-binatang ini yang tidak melakukan apa-apa kesalahan. Sporotrichosis Feline Rescuer antara penyelamat kepada haiwan ini, yang popular di Facebook. Sporotrichosis Feline Rescuer telah lama bergiat dalam menyelamatkan kucing-kucing liar yang sakit, dan sering menerima wang dana daripada orang awam untuk merawat kucing-kucing tersebut.


Namun begitu, sikap baik mereka menjaga kucing-kucing liar ini dipertikaikan oleh sesetengah pihak. Menurut Syamsul Rizal, rakannya iaitu Firdaus Fabian, yang juga merupakan ketua bagi Sporotrichosis Feline Rescuer telah difitnah oleh akhbar Sinar Harian.

Photo 2018 01 28 10 13 37 2
sumber: facebook

F*ck you Harian Metro! Kau letak cerita dan gambar yang salah keatas kawan aku!”

Menurut status yang dimuat naik di Facebooknya, dia meluahkan rasa marah dan kesalnya terhadap Harian Metro, yang telah menyalahgunakan gambar serta menfitnah rakannya. Pinta Syamsul, dia mahu pihak Harian Metro untuk mengeluarkan permohonan maaf sebelum cerita ini tular.

“Dia tak pernah menipu orang. Sekarang member aku difitnah macam-macam. Padahal dia rescuer paling baik aku jumpa”

Photo 2018 01 28 10 13 41
sumber: facebook

Difahamkan, sebelum ini Harian Metro telah mengeluarkan kisah Sporotrichosis Feline Rescuer, yang mengatakan bahawa mereka telah menggunakan wang yang diperoleh daripada orang awam untuk dirinya sendiri.

Antara petikan yang ditulis oleh Harian Metro,

“Peminta sedekah palsu perdaya orang ramai kononnya kutip derma dana caj rawatan”

“Mereka akan memuat naik gambar kucing jalanan yang dikatakan ditemui dalam keadaan teruk sama ada akibat dilanggar atau dijangkiti penyakit dan memaklumkan tidak mempunyai wang untuk membiayai kos perubatan haiwan itu”

Sejak berita tersebut disiarkan, pihaknya mendapat pelbagai kecaman daripada orang awam, yang sebulat suara mempercayai apa yang ditulis di dalam artikel tersebut.

Gg 3
sumber: facebook

Pun begitu, tetap ada netizen yang percaya bahawa berita tersebut adalah palsu. Mereka juga mempersoalkan mengapa pihak Harian Metro telah mengeluarkan berita tersebut tanpa usul periksa.

Photo 2018 01 28 10 13 38
sumber: facebook
Photo 2018 01 28 10 13 39 2
sumber: facebook

Oleh kerana berita ini sudah tular, dan pihak Harian Metro tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang berita ini, Firdaus telah menubuhkan satu group di Facebooknya, dengan meminta mereka yang turut bersama dengannya menurut serta dalam group tersebut sebagai cara untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

Photo 2018 01 28 10 13 38 2
sumber: facebook

Alahai kesiannya.. Niatnya dah baik, tapi kena macam ni pula.. Harap pihak yang bertanggungjawab dapat selesaikan kes ini secepat mungkin.

Baca: Budak Darjah 3 Beri Alasan Konon Hampir Diculik Van Putih Kerana Lewat Ke Sekolah

Aa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.