in

“Fatin ‘punya’ longgar teruk ah” – Ibu Terkejut Lihat Whatsapp Group Anak 12 Tahun Sembang Lucah

Lucah Mesej

Semakin canggih teknologi zaman sekarang, semakin bahaya ia kepada remaja yang sedang meningkat dewasa. Meskipun teknologi ada pelbagai kebaikannya daripada segi pendidikan, ia juga mampu merosakkan akidah dan juga minda pemikiran anak muda jikalau ia tidak dipantau dengan baik.

Hal ini bolehlah disamakan dengan apa yang berlaku kepada anak wanita ini. Menerusi perkongsian Durrotul Hikmah di Facebook, dia secara tidak sengaja telah terbaca mesej grup WhatsApp di telefon anaknya yang berusia 12 tahun. Apa yang dijumpainya sangat mengejutkan!

“Bagi handphone pada anak-anak tapi tak pantau kegiatan anak. Hari ini betapa malunya saya sebab terjadi depan mata.

“Grup WhatsApp rakan sekolah bagi saya biasa, tapi luar biasa jika dalam grup tersebut bercakap semata-mata tentang seks dan saya minta anak saya left daripada grup tersebut,” katanya.

Local University Student Rapes Girl Gives Her Carbonated Drink To Kill Sperm World Of Buzz 3
gambar hiasan

Durrotul tidak menyangka grup yang dianggotai murid berusia 12 tahun itu berani menggunakan ayat lucah dan sering berbincang mengenai alat kemaluan siapa yang lebih besar. Malah lebih mengejutkan, ada di antara ahli yang mengajak rakan sebaya menonton video porno.

“Mereka terdiri daripada pelajar UPSR 2017. Masih mentah tapi dalam grup kalah orang dewasa. Malam Jumaatlah, sedaplah, semua berbaur lucah dalam grup itu. 

“Mujur hari ini saya tergerak nak baca perbualan anak-anak dalam grup ini. MasyaAllah siap bagi link video porno lagi. Yang perempuan sibuk menggedik nak mengawan. 

“Tolong ibu bapa pantau telefon anak anda. Jangan bangga sangat sebab mampu bagi handphone pada anak, tapi hakikatnya anda sedang merosakkan mereka. Sungguh memalukan dalam grup lelaki dan perempuan bicara dan menulis tentang seks tanpa segan silu,” luahnya sedih.

Aduhai apa nak jadi dengan budak sekarang ni?

23755642 1791935164172361 3497501225956172845 N
sumber: facebook
23905419 1791935537505657 5772338958244024786 N
sumber: facebook
23843223 1791935484172329 5021247169582121028 N
sumber: facebook

Apa yang ditakuti sekarang ialah bagaimana agaknya sikap anak-anak ini apabila mereka sudah meningkat dewasa. Baru darjah enam sudah pandai hal dalam selimut, kalau tingkatan satu nanti entah bagaimana pula perangainya. Kan! 

Rata-rata netizen yang membaca keluh kesah ibu ini turut sama bimbang akan sikap anak-anak zaman sekarang. Ada yang berpendapat ibu bapa yang terlalu memanjakan anak punca kepada perkara ini berlaku.

125643An2C4Njljn54C5Qn
sumber: cari

Sayang anak tu berpada-padalah. Sekali-sekala kena juga pantau gerak geri dan perlakuan mereka. Ada 1001 bahaya di dalam telefon pintar ni. 

Baca: “Meh sini aku jilat!” – Remaja Hamil Kongsi Bagaimana Seks Bebas Bermula Sejak Darjah 6

Jilat