in

“Fatin ditolak, dicakar dan ditampar”- Bekas Isteri Da’i Farhan ‘Buka Mulut’ Dekat Polis

Featured 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas isteri Da’i Farhan, Fatin Nurul Ain Mat Aris, 30 tahun menyatakan yang dia ditolak, dicakar dan ditampar pendakwah tersebut dalam laporan polis yang dilakukannya pada Sabtu lalu, lapor Harian Metro.


Menurut sumber, difahamkan situasi tersebut berlaku di rumah mereka di Taman Bukit Indah, Ampang kira-kira pukul 3 pagi pada 22 November.

1 4
Sumber: blog

Difahamkan yang Farhan, 29 tahun tidak berpuas hati dengan mesej antara Fatin dengan ahli keluarga.

Menurut laporan polis dibuat mangsa, pendakwah itu didakwa menolak wanita berkenaan menyebabkan dia terjatuh.

“Lelaki berkenaan kemudiannya didakwa mencengkam pergelangan tangan mangsa hingga menyebabkan ada kesan cakar pada tangan kiri wanita terbabit,”

Fb Img 1575505947137
Sumber: blog

Bukan itu sahaja, dilaporkan yang Farhan juga menepuk belakang badan Fatin sebelum menampar pipi wanita itu.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa yang sarat mengandung mengalami sakit pinggang akibat terjatuh selepas ditolak lelaki terbabit,”

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Sebelum ini farhan ada muatnaik status di instagram, bercerita mengenai kejadian tersebut tapi katanya ia bermula selepas dia mengambil telefon bimbit bekas isterinya itu.

“Farhan dia mengambil telefon bimbit Fatin menyebabkan bekas isterinya mengamuk dan memukul pintu bilik selama 15 minit.”

“Dia juga mendakwa laporan polis dibuat bekas isterinya adalah satu penipuan dan memaklumkan mempunyai semua bukti yang akan dikemukakan di mahkamah nanti.”

Bagaimanapun difahamkan yang status tersebut sudah dipadamkan dari instagramnya.

 

Tunggu dan lihat…

Baca : Daie tak daie, perangai tu tetap keji- Netizen Pakat Hentam Lepas Tau Daie Farhan Ceraikan Isteri Pertama

Dd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.