Bagi yang mengikuti perkembangan pempengaruh Prince Syed ini, korang pasti sudah sedia maklum yang Fatin Syazwani pernah menjalani pembedahan bariatrik sebelum ini dan kini sudah menampakkan hasilnya.
Fatin Syazwani dilihat begitu susut dan langsing berbanding sebelumnya, maka sekaligus ia menjadi tumpuan netizen. Namun melihat keadaannya sebegitu, ramai netizen mula meluahkan rasa bimbang.
Artikel berkaitan: ‘Gambar Al-Fatihah’ Tular, Prince Syed Dedah Akaun Digodam Selepas Telefon Hilang
Artikel berkaitan: “Korang asyik dengar satu pihak sahaja kan” – Fatin, Isteri Prince Syed Buka Mulut Pasal Dakwaan Keluarga Kandung
Fatin sakit??? – Prince Syed
@prince.syed.shahid Fatin sakit ???
♬ original sound – Syed Fatin Jaeden Haifa – Syed Fatin Jaeden Haifa
Ianya selepas Pince Syed baru-baru ini ada memuat naik hantaran di TikTok menunjukkan Fatin sedang menaiki tangga escalator yang tidak berfungsi di sebuah pusat membeli belah di Shah Alam.
Dalam video tersebut, Fatin dilihat sedikit ‘struggle’ untuk naik sampai ke atas, menurut netizen Fatin dilihat seperti tidak bermaya dan mereka menyifatkan bahawa Fatin seolah-olah mempunyai masalah kesihatan akibat penurunan berat badan yang mendadak.
Bahkan, ada juga netizen yang menyifatkan bahawa penurunan berat badan yang ketara ini boleh menyebabkan serangan jantung. Oleh itu, mereka menasihati agar Fatin melakukan pemeriksaan kesihatan dengan lebih lanjut.
“Badan turun mendadak boleh kena serangan jantung ya” – Netizen

Sebelum ini, tindakan Fatin menjalani prosedur pembedahan bariatrik pernah mencetuskan kontroversi apabila ibu kandung Fatin mendakwa bahawa menantunya itu lari serta menghalangnya untuk berjumpa dengan anak dan cucunya.
Selain itu, wanita berkenaan turut mendakwa Prince Syed berkahwin dengan Fatin untuk menjadikan anaknya itu sebagai tikus makmal dan memaksa Fatin menjalani pembedahan tersebut.
Namun, dakwaan itu disangkal oleh Prince Syed sendiri dengan mengatakan bahawa ia adalah kerelaan Fatin sendiri kerana tertekan menjadi mangsa body shaming.
Sumber : TikTok, Berita Harian
