in

Fatin Afeefa Dakwa Perkahwinan Musnah Kerana ‘Sihir Pemisah’ Dihantar Oleh Seseorang

Bercerai Sihir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ini kerap benar kita dengar kisah mengenai sihir. Terutamanya sihir dalam perkahwinan sehingga menyebabkan satu-satu pasangan itu bercerai!


Antara yang terpalit dengan kesan sihir seperti ini ialah pasangan pelakon Adam Shahz dan Fatin Afeefa yang didakwa bercerai kerana ‘sihir pemisah’ yang dihantar seseorang.

Fatin Shahz
sumber: instagram

Menurut Mstar, bekas isteri kepada Adam Shahz ini tidak menolak dakwaan bahawa bahtera perkahwinan mereka yang dibina sejak tahun 2013 itu musnah kerana sihir.

“Sebelum ini saya ada mengalami muntah-muntah. Waktu malam dalam pukul 12 mesti saya tak boleh bangun. 

“Malah apabila ke hospital, doktor pun tak boleh kesan penyakit saya kerana tak tahu apa puncanya,” kata Fatin Afeefa.

Akibat dari penyakit misteri yang dialaminya, Fatin kini sedang dalam proses berubat dan sering berulang alik ke Pusat Perubatan Islam Darussyifa seminggu sekali.

Fatin Afeefa 2
sumber: instagram

Hasil daripada perubatan tersebut, ustaz yang merawat Fatin memberitahu bahawa ada seseorang yang menghantar sihir pemisah sehingga memudaratkan kesihatannya. Oleh sebab itulah juga berat badannya semakin susut sejak beberapa bulan lepas.

“Sebelum ini berat dalam lingkungan 45 hingga 46 kilogram. Namun sekarang berat saya dalam 39 kilogram sahaja.

“Ramai orang tegur pasal perubahan berat badan saya yang sangat ketara.”

Fatin Afeefa
sumber: instagram

Dalam pada itu, Adam Shahz menerusi laman media sosialnya juga turut berkongsi cerita mengenai dirinya disihir oleh seseorang yang rapat sehingga menyebabkan rumah tangganya retak. Dia pada masa yang sama, ada mendapatkan rawatan alternatif kerana sering mengalami sakit-sakit badan.

Walau bagaimanapun, Fatin kini bersyukur kerana kesihatannya sudah beransur pulih serta dia mampu kembali bekerja dan menjaga anak-anaknya seperti biasa.

Pasangan ini telah bernikah pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Adam Aisy Arrian, 4, dan Ivy Herra Sophia, 2.

Family Fatin Shahz
sumber: instagram

Namun mereka akhirnya bercerai kerana dakwaan mendapat ‘hasutan dari pihak luar’ pada 30 Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

Kalau masih ada cinta, kembalilah bersama. Mana tahu jodoh masih kuat kan? Kesian dekat anak-anak yang comel tu…

Baca: “Saya dah puas dimanipulasi oleh dia…” – Joy Revfa Dakwa Hafiz Keruhkan Keadaan

Joy Hafiz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.