Fahmi Fadzil, Rafizi Dan Tujuh Wakil Rakyat Dapat Emel Ugutan Video Palsu Guna AI, Siap Minta Bayaran RM470,000!

Tambah ke Sumber Pilihan
emel ugutan

Beberapa wakil rakyat tanah air termasuk Datuk Fahmi Fadzil dan bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dikejutkan dengan emel ugutan yang disertakan tangkap layar video palsu berasaskan kecerdasan buatan (AI), semalam.

Lebih mengejutkan, mereka turut diminta membayar sebanyak USD100,000 (kira-kira RM470,000) bagi mengelakkan video palsu itu disebarkan.


Dalam satu hantaran di Facebook, Fahmi berkata semakan mendapati emel itu menggunakan ayat hampir sama, disertakan tangkap layar serupa, dan dipercayai dihantar daripada alamat emel yang sama.

Antara yang menerima emel berkenaan ialah Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr. Taufiq Johari; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli; Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi; Senator Manolan Mohamad; ADUN Kulim, Wong Chia Zen serta Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr. Fahmi Ngah.

Artikel berkaitan: Kes Anak Rafizi: Polis Jumpa Petunjuk Baharu, Bukit Aman Ambil Alih Siasatan

Artikel berkaitan: Fahmi Fadzil Beri Sebab Kenapa Pengendali Era FM Dikompaun Tinggi Berbanding Kes Harith & Cecelia

548490169 1331862068303727 4025372619686418486 N
Kandungan emel kandungan yang diterima Fahmi, semalam.

Fahmi berkata, beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan serta menjejak penjenayah yang menggunakan aplikasi Gmail untuk menghantar emel ugutan tersebut.

Tegas beliau, menghantar komunikasi jelik dengan niat mengugut adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Tindakan ini juga boleh disiasat di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan MADANI tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyalahgunakan teknologi dan rangkaian komunikasi untuk mengugut atau memperdaya rakyat.

“Segala usaha akan digembleng bagi memastikan penjenayah dibawa ke muka pengadilan demi menjamin keselamatan masyarakat,” tegasnya.

Sumber: Facebook Fahmi Fadzil 

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nur Fatin
Lagi tulisan Nur
Seorang penulis skema. Suka main Pokemon Go dan Genshin Impact pada masa senggang.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Fahmi Fadzil, Rafizi Dan Tujuh Wakil Rakyat Dapat Emel Ugutan Video Palsu Guna AI, Siap Minta Bayaran RM470,000!
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/fahmi-fadzil-rafizi-dan-tujuh-wakil-rakyat-dapat-emel-ugutan-video-palsu-guna-ai-siap-minta-bayaran-rm470000/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM