in

“Entah-entah kau yang mandul” – Gara-gara Tiga Tahun Kahwin Tak Dapat Anak, Suami Bakar Isteri Sampai Mati

Collage 19

Kekejaman terhadap wanita masih berlaku sampai hari ini. Dekat mana-mana negara pun benda ni masih berlaku setiap hari.

Menurut Stepfeed, baru-baru ni, seorang lelaki dari Mesir bakar isterinya sendiri kerana wanita malang ini dikatakan gagal beri dia anak. Tanpa memikirkan yang dia pun ada kemungkinan menjadi punca permasalahan tersebut, dia terus ikat, curah dengan minyak tanah dan bakar isterinya sebelum dengan tenang berjalan keluar menuju ke rumah ibunya yang juga duduk di bangunan yang sama.

Screenshot 887
Sumber: stepfeed

Insiden ini hanya dilaporkan kepada pihak polis selepas jiran-jiran sedar tentang apa yang berlaku sementara lelaki itu hanya berdiri di balkoni rumah ibunya. Malangnya, bila pihak polis sampai ke tempat kejadian, wanita malang, Aya dah tak dapat diselamatkan lagi.

Suami Aya terus ditahan sambil pihak polis mengambil keterangan dari jiran-jiran mereka.

Screenshot 889
Sumber: alwafdnews

Dia sentiasa pukul dan hina isterinya selama tiga tahun perkahwinannya dan panggil isterinya mandul.”

Lelaki ini sekarang sedang ditahan dan orang-orang di Mesir meminta pihak berkuasa untuk memberikan hukuman paling berat untuk lelaki ini.

Urgh, isteri dia tak sangka yang dia kahwin dengan syaitan bertopengkan manusia…

 

Baca: Lelaki Bakar Isteri Kerana Cemburu Wanita Itu Muat Naik Gambar Selfie di Facebook

Screenshot 2019 12 06 At 12.20.56 Pm