Didakwa ada makan rasuah, bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman akhirnya ada buka mulut pasal isu ini.
Respon itu ditunjuk melalui satu gambar screenshot di akaun Twitter miliknya sendiri. Dalam perkongsian itu, Syed Saddiq ada menjelaskan 5 perkara yang kukuh untuk menafikan bahawa dia ada terlibat dalam rasuah sepanjang jadi menteri sebelum ini.
Dalam pada itu, dia juga ada senaraikan gaji dan segala elaun-elaun yang menteri terima bagi menjelaskan bahawa tiada keperluan kenapa dia kena ambil rasuh. Terkedu dibuatnya.
Sampai sekarang saya tak faham kenapa ada keperluan menteri makan rasuah” – Syed Saddiq
Tweet yang telah meraih lebih daripada 6,300 jumlah perkongsian ini telah membuatkan ramai netizen tercengang dengan gaji dan elaun yang mereka perolehi.
Dalam pada itu, macam biasalah pasti akan ada netizen yang mula ungkit apa yang mereka dapat sebagai rakyat jika ingin dibandingkan dengan mereka yang memegang jawatan menteri.
Ada elaun pinggan mangkuk untuk apa – Netizen
Hurm, harga setahun gaji admin pun tak sampai sebulan gaji menteri.