Korang percaya tak kalau min bagitau korang layak memohon bantuan kerajaan kalau korang tidur berdengkur?
Dengar macam tipu je kan tapi di Britain, kalau korang disahkan ada masalah tidur berdengkur, korang layak mendapat bantuan kerajaan RM826 seminggu.
Lapor sumber, bantuan kerajaan yang dikenali sebagai Personal Independence Payment (PIP) itu boleh dituntut oleh penduduk Britain yang mempunyai penyakit kronik atau kecacatan. Walaupun tidur berdengkur ni mungkin dianggap macam perkara biasa, ia mungkin merupakan tanda kepada masalah apnea tidur.
Apnea tidur merupakan gangguan tidur yang berpotensi untuk menjadi satu penyakit yang serius dimana pernafasan boleh terhenti sendiri beberapa kali.
Di Britain, penyakit yang dikategorikan sebagai ‘hidden illness’ seperti apnea tidur, kemurungan, tidur berdengkur dan anxiety boleh melayakkan seseorang individu itu untuk memohon PIP.
Pun begitu, ada syarat yang perlu ditepati dimana kesihatan seseorang itu akan dipantau oleh pegawai perubatan dan masalah kesihatan itu mestilah sudah berlarutan sekurang-kurangya selama tiga bulan sehingga menganggu kehidupan harian.
Jabatan Kerja dan Pencen Britain dalam pada itu berkata, bantuan terbabit diharapkan mampu membantu penduduk yang berdepan dengan peningkatan kos sara hidup. Setakat ini, lebih 2,200 penduduk Britain difahamkan sudah membuat tuntutan PIP.
Sumber: Daily Star, News18
Baca: Lelaki Ditangkap Ketika Tertidur Hingga Berdengkur Dalam Kereta Yang Ingin Dicuri