in

“Staf Baru Pulang Dari Lahad Datu” – UOB Kepong Ditutup 2 Minggu Selepas Staf Positif COVID 19

Tutup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

United Overseas Bank (Malaysia) UOB terpaksa menutup cawangan bank mereka di Kepong, Kuala Lumpur selama 2 minggu selepas pemberitahuan pihak berkuasa kesihatan mengenai seorang kakitangan mereka yang disahkan positif COVID 19. 

Menurut Harian Metro, dalam kenyataan rasmi UOB Malaysia berkata, arahan penutupan cawangan itu termasuklah akses ke perkhidmatan ATM yang berkuatkuasa semalam (22 September) hingga 5 Oktober 2020.


“Cawangan akan ditutup sehingga 5 Oktober bagi membolehkan kerja pembersihan dan nyahkuman dijalankan. 

“Perkhidmatan akan dibuka semula selepas mendapat kelulusan yang diperlukan daripada pihak berkuasa kesihatan,” katanya.

Kenyataan itu juga menjelaskan yang kakitangan tersebut adalah seorang pakar gadai janji yang bertugas di cawangan Kepong dan mempunyai sejarah perjalanan ke Lahad Datu dan Semporna, Sabah pada 10 dan 13 September lalu.

“Kami sudah memulakan usaha pengesanan kontak rapat pesakit itu di mana semua kakitangan dan pelanggan akan dihubungi hari ini.

“Mereka akan diminta menjalani kuarantin diri selama 14 hari dan memantau tahap kesihatan masing-masing sementara menunggu arahan selanjutnya,” katanya.

Uob

Ini antara kes pertama transmisi wabak COVID 19 dari Sabah ke Semenanjung, yang mana sebelum ini terdapat satu kes yang melibatkan individu yang memasuki Sabah dari Pulau Pinang dan dikesan positif COVID 19 di Sandakan.

Harap tiadalah lagi kes-kes begini berlaku. Semoga kita semua terus dilindungi. 

Baca: “Ini bukan ke pelanggaran SOP?” – Disyaki Positif Covid-19, MT UMNO Dikecam Muat Naik Gambar Melawat kawasan Tak Pakai Mask

Bb6

Sumber: Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.